SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Thursday 8 March 2012

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Negeri Terengganu 2012

Seramai 30 orang putera dan 30 orang puteri ahli kontinjen Pasukan Badan Beruniform Daerah Hulu Terengganu telah bertolak ke Perkhemahan PBB Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2012 pada jam 2.30 petang tadi. Perkhemahan tersebut dijalankan di Pusat Kokurikulum PPD Marang, SMK Merchang bermula 08 Mac hingga 11 Mac 2012. Kontinjen ini diringi oleh Encik Zuber Abdullah, Encik Abdul Razak Abdullah, Encik Azizul Mohd Zanggi, Puan Nor Laila Ambak dan Puan Norizan.



SK Menerong telah diwakili oleh:

  1. Adik Muhammad Haziq Izzudin bin Ramdzan (TKRS)
  2. Adik Muhammad Ariff bin Nawyi (Pengakap)
  3. Adik Muhammad Na'imullah bin Esham (Pengakap)
  4. Adik Muhammad Fudail bin Alias (TKRS)
  5. Adik Nurul Shuhada binti Manan (Puteri Islam)
  6. Adik Engku Masayu Suriati binti Engku Mahari (Puteri Islam)

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com