SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 29 June 2010

Penyerahan e-BOOK DUN Ajil 2010


28 Jun 2010 : Bertempat di Dewan SMK Bukit Diman, Ajil telah berlangsung Majlis Penyerahan e-BOOK dan Bantuan Pakaian Sekolah untuk DUN Ajil. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Antara yang turut serta dalam majlis ini ialah YBM Dato' Tengku Putera Tengku Awang (Speaker DUN Terengganu), YB Dato’ Rosol Wahid (ADUN Ajil), YB Tuan Haji Rozi Mamat (ADUN Telemong) dan juga beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Hulu Terengganu dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Majlis ini juga telah melibatkan seramai 555 orang murid daripada 16 sekolah di kawasan DUN Ajil.

Dipetik dan diolah dari Portal Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Monday 28 June 2010

MAJLIS PENYERAHAN e-BOOK DUN AJIL

TBA 5014/06/06/002/ (03)
24 Jun 2010

Ibubapa/Penjaga
Murid Tahun 5
SK Menerong

Tuan,

MAJLIS PENYERAHAN e-BOOK DUN AJIL

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dan pelajar tahun5 DIWAJIBKAN hadir ke majlis sepertimana berikut:

Tarikh : 28 Jun 2010 (Isnin)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil, Terengganu
Perasmian : YAB Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu

3. Tuan/Puan dikehendaki naik ke pentas bersama anak tuan untuk menerima e-Book. Kerjasa serta keprihatinan tuan/puan sehingga menjayakan majlis berkenaan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,
t.t.

(ESHAM BIN BUSU)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
b.p. : Guru Besar,
SK Menerong,
21800 Ajil, Terengganu.

s.k. :
1. Guru Kelas Tahun 5 – Sila hadir dan buat pemantauan
2. Pegawai Eksekutif Maklumat – Sila buat pemantauan
3. Fail sekolah

Friday 25 June 2010

HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU ... 27 Jun 2010


PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
SUK.TR.240/2 BHG. 5-(39)
PEKELILING PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU BIL. 6 TAHUN 2010


HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa hari Ahad 27 Jun 2010 adalah Hari Kelepasan Am bagi Negeri Terengganu sempena kejayaaan atlet Terengganu menjuarai SUKMA edisi ke XIII 2010.

2. Pegawai Perkhidmatan Awam yang dikehendaki menjalankan Kerja Lebih Masa pada hari berkenaan hendaklah menuntut Bayaran Lebih Masa pada kadar Hari Rehat Biasa.

Sekian, terima kasih.

- MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN -
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


(DATO’ HAJI WAN AHAMAD BIN WAN MUDA)
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
b.p. Setiausaaha Kerajaan,
Terengganu.

Thursday 24 June 2010

PEPERIKSAAN DAN ISUNYA.... Satu petikan

UJIAN KHAS GANTI UPSR KE SBP?

PUTRAJAYA 22 Jun – Satu Ujian Khas mungkin bakal menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai penilaian untuk penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, bagaimanapun ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yang berminat memilih sekolah tersebut bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

“Mungkin Ujian Khas ini akan diselaraskan tetapi bukan dijadikan peperiksaan wajib sebagaimana yang pernah dibuat oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

“Banyak juga kes pelajar yang mendapat 5A tetapi mereka tidak berminat memasuki sekolah berasrama penuh. “Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat cadangan dan banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk memilih pelajar memasuki sekolah ini. Ia akan diumumkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM130,199.70 untuk Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia sempena lawatan 37 anak yatim dan 12 guru dari asrama itu ke Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Sumbangan itu diterima daripada pelbagai badan korporat dan individu negara ini termasuk Kementerian Dalam Negeri dan sekolah-sekolah negeri Johor bagi pengurusan asrama itu yang dibina sejak empat tahun lalu akibat bencana tsunami.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, setakat ini kementerian menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk tokoh akademik tentang cadangan memansuhkan UPSR dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi membolehkan satu sistem pendidikan secara holistik diadakan.

Di peringkat kementerian, katanya, kajian sudah dijalankan termasuk melihat kepentingan menjadikan vokasional sebagai sistem pendidikan arus perdana bagi mewujudkan sistem dua aliran iaitu akademik dan vokasional.

“Bagaimanapun, maklum balas daripada masyarakat cukup penting kerana pendidikan merupakan perkara dinamik yang perlu ditransformasikan berdasarkan kehendak semasa.

“Kementerian sudah menjalankan kajian kerana sistem pentadbiran sudah berubah sama ada kita mahu menggunakan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan ataupun sebaliknya,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH GANTI PEPERIKSAAN AWAM
KUALA LUMPUR

23 Jun - Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya.

"Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara.

"Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama.

“Bagaimana kita hendak nilai sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

- Bernama

KEMENTERIAN PELAJARAN MUNGKIN MANSUH UPSR DAN PMR

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh Ahad.

Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Bernama melaporkan Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.
"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia," katanya.

Dipetik dari Laman Web Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Terengganu.
http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Wednesday 23 June 2010

Ceramah Kesihatan Gigi dan Latihan Memberus Gigi

Ucapan ribuan terima kasih kepada Semua Jururawat Pergigian [JP] dari Klinik Pergigian Ajil yang telah memberikan perkhidmatannya bermula 21 hingga 23 Julai 2010. Antara perkhidmatan yang telah diberikan ialah pemeriksaan gigi, rawatan gigi dan juga ceramah berkaitan "Penjagaan dan Kesihatan Gigi". Seramai 144 orang murid bermula dari Prasekolah hingga tahun enam telah menerima rawatan berkenaan.

Seminar Integriti Warga Pendidik 2010

Laporan : Sabri

23 Jun 2010 [Rabu] : bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) Daerah Hulu Terengganu tahun 2010. Majlis ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Seminar telah dihadiri oleh semua pengetua, guru besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Tingkatan 6, iaitu seramai lebih kurang 250 orang.

Antara penceramah yang terlibat adalah Encik Mohammad Diah bin Haji Wahari (Pengarah Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia), Encik Abdullah bin Yusof (Pegawai Kaunselor Pentadbir PPDD Johor Bharu) dan Y.M. Tengku Azuan binti Tengku Mohamed (Mantan Pengetua Cemerlang JUSA C).

*Telah dipetik dari Portal Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

TAHNIAH ....Cikgu Nik Muniza Setapa

Telah kedengaran pengkhabaran oleh Admin SK Menerong, bahawa Cikgu Nik Muniza Setapa telah melahirkan seorang bayi lelaki. Tahniah kepada Cikgu Nik Muniza dan pasangannya. Warga SK Menerong mendoakan semoga Cikgu Nik Muniza sekeluarga dimurahkan rezeki dan berbahagia dengan kehadiran ahli baru dalam keluargannya.
Sumber : Nur Azmina (PT SK Menerong)

Monday 21 June 2010

Mesyuarat Guru Kali Ke-2 Tahun 2010

Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Sehubungan itu, semua guru SK Menerong diWAJIBkan hadir sepertimana berikut:

Tarikh : 23 Jun 2010 [Rabu]
Masa : 1.30 petang
Tempat : bilik Mesyuarat, SK Menerong

Agenda Mesyuarat :
a. Ucapan Pengerusi
b. Mengesahkan minit mesyuarat
c. Perkara berbangkit
d. Laporan Kewangan / Yuran Tambahan
e. Laporan GPK 1 / GPK HEM / GPK Kokurikulum
f. Hal-hal lain.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan"


t.t.

Hajjah Hasmah binti Haji Hamzah
Guru Besar,
SK Menerong

KWAPM 2010 ... Majlis Penyerahan

Kepada;


Ibu / Bapa / Penjaga
Murid Penerima Bantuan KWAPM 2010
SK Menerong


Merujuk perkara di atas, majlis berkenaan akan diadakan sepertimana berikut:


Tarikh : 22 Jun 2010 (Selasa)

Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat Sekolah Kebangsaan Menerong

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI CEMERLANG"


Hajjah Hasmah bin Haji Hamzah
,
Guru Besar,
SK Menerong.

TAHNIAH ... Terengganu Juara Sukma Kedua Berturut-Turut

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Terengganu membuktikan kontinjennya bukan `jaguh kampung’ yang hanya mampu juara sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 lalu, apabila muncul juara Sukma Melaka ke-13 untuk kali kedua berturut-turut dalam temasya yang menutup tirai hari ini (19 Jun).

Slogan `Terengganu Nelang’ ternyata berjaya membawa atlit Terengganu ke puncak kejayaan dengan memungut 47 pingat emas mengatasi Selangor di tangga kedua dengan kelebihan empat pingat emas dan berkongsi 43 pingat emas dengan Wilayah Persekutuan (tangga ketiga).

Kontinjen Terengganu meraih 30 perak dan 43 gangsa menjadikan 120 pingat keseluruhan mencuri tumpuan ramai pada hari-hari terakhir temasya apabila melonjak naik mengatasi kontinjen yang lebih awal mendominasi tangga teratas carta kedudukan pingat terutama Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor.

Biarpun pada hari kelima dan keenam temasya Sukma itu, Terengganu agak ketinggalan dalam pungutan pingat dan hanya berada di tangga lapan tercorot. Kontinjen Terengganu bagaimanpun mencongak mata dan naik daripada tangga kelima untuk berada di dua tempat teratas serta saling pintas memintas dengan Wilayah Persekutuan.

Secara mutlaknya, penamat Sukma Melaka merekodkan Terengganu sebagai juara keseluruhan dan membawa berita gembira buat sejuta rakyat Terengganu terutama Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong dan menjaga kebajikan atlit serta penggiat sukan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd said, berkata kejayaan Terengganu membuktikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan negara sebagaimana yang pernah diuar-uarkan dalam ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12 2008 lalu.

Katanya, emas terakhir kontinjen Terengganu dipungut menerusi sukan teras dan paling dinanti-nantikan iaitu bola sepak apabila berjaya mengalahkan Selangor dengan 1-0.

“Pasukan bola sepak yang dibarisi pemain berpengalaman daripada persatuan bola sepak negeri, pasukan Terengganu dan T-Team mengesahkan kemenangan untuk edisi Sukma yang ketiga berturut-turut hasil kemenangan 1-0 ketika menentang Selangor malam semalam,” kata beliau ketika menjadi tamu khas Imbasan Sukma Ke-13 di TV1, petang ini.

Katanya, kejayaan kontinjen Terengganu membolehkan janji Kerajaan Terengganu untuk menghadiahkan insentif kepada pemenang yang mampu mengekalkan kejuaraan dengan RM5,000 untuk pingat emas dan RM3,000 serta RM2,000 untuk pingat perak dan gangsa akan dikotakan.

“Kekalkan kejuaraan suatu yang tidak dapat dilupakan, kerana kita jangka Wilayah Persekutuan yang akan menggugat kedudukan kita, tetapi akhirnya Selangor akhirnya yang mencabar kita sebelum kekal sebagai juara. Sebenarnya kekuatan Kontinjen Terengganu atas sokongan kerajaan negeri serta Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang menonjol dengan slogan `Terengganu nelang’.

“Persediaan lebih awal termasuk bengkel sebelum bermulanya Sukma membuatkan atlit Terengganu lebih bersedia dan membuktikan mereka bukan jaguh kampung yang hanya berjaya di laman sendiri,” katanya.

Katanya, kontinjen Terengganu juga tidak menduga cabaran lapan pasukan teratas dalam Sukma kali ini dan tetap optimis untuk bersaing di tempat yang terbaik walaupun gagal menepati sasaran awal 66 emas akibat gagal dalam beberapa acara sasaran.

Pungutan emas terbanyak diraih menerusi acara kanu sebanyak 12 pingat emas diikuti basikal lapan, olahraga (enam ); judo, pencak silat dan angkat berat menyumbang lima pingat emas. Manakala enam emas lagi masing-masing menerusi bola sepak, tinju, lawn bowls, sepak takraw, ragbi dan ekuestrian.

Unit Komunikasi Negeri

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2010

SERAMAI 44 ORANG MURID SEKOLAH INI AKAN MENERIMA RM200.00 SEORANG UNTUK BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) BAGI TAHUN 2010.

TAHUN 2
  1. AFIQ HAIKAL BIN AHMAD ARIFF AFENDI - AV 83944
  2. MUHAMMAD ALLY ISKANDAR BIN NAWYI - AV83862
  3. MUHAMMAD SHAZWAN BIN MD ZAID - AX51499
  4. MUHAMMAD ZAKWAN AHLAM BIN AZAMAN - AX51522
  5. MUHAMMAD ZULFAZLI BIN MAT WAHID - AX51519
  6. AZWANI BINTI JELANI - AV83795
  7. MUNIRAH HANIS BINTI MAT HUSSIN - AY64856
  8. NOR NADIA BINTI SULONG - AX51273
  9. NUR AMILA HUSNA BINTI ROSLAN - AX51210
TAHUN 3
  1. MUHAMAD SYAFRUDIN BIN MISNAN - AT58075
  2. MUHAMMAD AIMAN BIN ISHAK - AR92694
  3. MUHAMMAD AIMAN BIN MUSA - AW26614
  4. MUHAMMAD AMIROL IZZUAN BIN ISMAIL - AR92950
  5. MUHAMMAD JEFFRY BIN RAZALI - AR92692
  6. MUHAMMAD RAIHAN BIN MOHD SAMSUDDIN - AR92911
  7. MUHAMMAD SHAHKHIZAM IKMAL BIN GHAZA - AR92976
  8. ARIFAH BINTI YUSHRI - AX51124
  9. ENGKU MASAYU SURIATI BINTI ENGKU MAHARI - AV83090
  10. NUR DALILA IZZATI BINTI ISMAIL - AV18038
  11. NURAFIFAH BINTI LOKMAN - AV18430
  12. SITI ATHIRAH BINTI HASHIM - AR92774
  13. SYAHMINA BINTI SULAIMAN - AV18361
  14. WAN NUR AMALIA HUSNA BINTI WAN MOHD ALI - AR92924
TAHUN 4
  1. AMIRUL HAFIZIE BIN AHMAD ARIF - AQ 10399
  2. BADRUL AMIR BIN ABDUL SAMAT - AQ10417
  3. MUHAMMAD ARIFF AFANDI BIN NAWYI - AQ14066
  4. MUHAMMAD FIKRI AMRI BIN ISMAIL - AN17477
  5. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULLAILE - AR92186
  6. ENGKU MANISA SURAYA BT ENGKU MAHARI - AQ70574
  7. NUR KHALIDAH BINTI MUSTAFA - AN18490
  8. NURUL NORATIKAH BINTI MUSA - AR23212
TAHUN 5
  1. MOHAMMAD SHAHRIN BIN SURIYADI - AK43224
  2. MUHAMAD SYAIPUDIN BIN MOHD SYARIF - AK40616
  3. MUHAMMAD FIKRI AFIQ BIN ZAHID - AM45676
  4. MUHAMMAD NURHASRULLAH BIN HARUN - AM45756
  5. MUHAMMAD ZAI HISHAM BIN ZAIDIR - AJ65377
  6. ATHIRAH BINTI YUSHRI - AM45631
  7. NOR ZAHIRAH BINTI MUSTAFA - AK43481
  8. NUR SYAIRAH BT ABD RAZAK - AK40550
TAHUN 6
  1. MUHAMAD ALIF IRFAN BIN MISNAN - AJ57043
  2. MUHAMAD HAKIM BIN MUSTAFFA - AJ07724
  3. NUR SYAFIQAH BINTI ISMAIL - L243530
  4. NURNAJWA JANNAH BINTI MOHD SAMSUDDIN - L178109
  5. SITI NUR FATIHAH BINTI KAMARUZAMAN - AJ57076

Friday 11 June 2010

al Fatihah...

Encik Mohammed bin Hamid, Ketua Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Agung MSSM Terengganu telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham telah meninggal dunia pada 8 Jun 2010 (Selasa) jam 2.30 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Amin...

TAHNIAH ... Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

29 Mei 2010 hingga 4 Jun 2010 - Bertempat di dataran bersebelahan tapak Hotel Bajet Majlis Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung Pameran Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu 2010. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah muncul sebagai Johan Pertandingan Gerai Pameran Sempena Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu tersebut.

Saturday 5 June 2010

Daulat Tuanku.....

Merafak Sembah

Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J.,

Commandeur de la Legion d’Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile)

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah D.M.N., D.K. (Terengganu), S.S.M.Z., S.S.M.T. (Terengganu),

Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Com Klao (Thailand)

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda

Pada

5 Jun 2010 Bersamaan 22 Jamadil Akhir 1431H

Sembah Takzim Daripada
Guru Besar
Semua Guru
Semua Kakitangan Sokongan
Semua Kakitangan Swasta
Semua Murid

Pemeriksaan Pergigian - 2 Jun 2010 [Rabu]

Friday 4 June 2010

Selamat Datang Warga Baru....


Warga SK Menerong mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Robaiyyah binti Alias yang baru bertukar dari SK Sungai Soi,Pahang ke SK Menerong pada 1 Jun 2010. Beliau yang lahir di Melaka telah mula dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma pada 17 Januari 2000.Diharapkan beliau akan dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah ini.


Nantikan info seterusnya....

Majlis Jamuan sempena Pertukaran Cikgu Nor Aishah

Jamuan Pertukaran Cikgu Nor Aishah

Satu majlis sempena pertukaran Cikgu Nor Aishah binti Junus @ Abdul Razak pada 3 Jun 2010 [Khamis] di Bilik Jamuan SK Menerong. Majlis telah diadakan secara sederhana sebagai tanda kasih sayang Warga Guru dan Kakitangan SK Menerong terhadap Cikgu Nor Aishah. Semoga perpisahan ini bukanlah satu perpisahan yang berkekalan ibarat kata orang tua "jauh di mata tapi dekat di hati". Pertukaran Cikgu Nor Aishah akan diganti oleh "Cikgu Baie".


Nantikan Info bergambar berkaitan majlis tersebut....

Wednesday 2 June 2010

Hari Guru 2010 Peringkat Daerah Hulu Terengganu ... Pandangan Dari Jauh

31 Mei 2010 [Isnin], Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat, Kuala Berang : Majlis Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan secara sederahana tetapi meriah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Rozi bin Mamat, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu. Replika 'Batu Bersurat' telah digunakan sebagai gimik pelancaran sambutan. Ia melambangkan bermulanya perkembangan pendidikan di Hulu Terengganu. Di majlis ini juga telah disampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang beberapa acara yang telah dipertandingkan. Bersempena itu juga, Tokoh Guru 2010 telah dianugerahkan kepada Tuan Haji Muhammad bin Haji Mohd Zin. Majlis ini juga diserikan dengan koir dan persembahan kugiran oleh guru-guru Hulu Terengganu.

Foto dipetik dari laman sesawang Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Keputusan Penuh Pertandingan Keceriaan Sekolah ... Sempena Hari Guru 2010 Hulu Terengganu

KELAS KONDUSIF TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK SERI BERANG
SEKOLAH RENDAH : SK LANDAS

TANDAS TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK JENAGOR
SEKOLAH RENDAH : SK LANDAS

KANTIN TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK SERI BERANG
SEKOLAH RENDAH : SK LANDAS

LANDSKAP TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK SERI BERANG
SEKOLAH RENDAH : SK LANDAS

PEJABAT & BILIK GURU TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK BUKIT DIMAN
SEKOLAH RENDAH : SK TELAGA

ASRAMA TERBAIK (SEKOLAH MENENGAH)
SMK MATANG

PRASEKOLAH TERBAIK (SEKOLAH RENDAH)
SK SERI BULUH

KELAS PEMULIHAN TERBAIK (SEKOLAH RENDAH)
SK PAUH

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) - TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMKTAI
SEKOLAH RENDAH : SKTAI

BILIK KESIHATAN TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK BUKIT DIMAN
SEKOLAH RENDAH : SK AJIL

BOSS (BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH) - TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK MATANG
SEKOLAH RENDAH : SK SERI BULOH

BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK JENAGOR
SEKOLAH RENDAH : SK PAUH

BILIK PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK SERI BERANG
SEKOLAH RENDAH : SK KUALA BERANG

SURAU TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK BUKIT DIMAN
SEKOLAH RENDAH : SK LANDAS

MAKMAL KOMPUTER TERBAIK
SEKOLAH MENENGAH : SMK SERI BERANG
SEKOLAH RENDAH : SK F. JERANGAU BARAT

SEKOLAH KURANG MURID (SKM) TERBAIK
SK MENERONG

GURU INOVATIF MENENGAH (P&P SAINS)
PUAN MAJIDAH BT MUHAMAD (SMK MENERONG)

GURU INOVATIF RENDAH (P&P SAINS)
TUN AZLINA BT LOKMAN @ WAN LOKMAN (SK PASIR TINGGI)

GURU INOVATIF EXX0N MOBIL (P&P)
ABDUL MANAP BIN ADAM (SMK AJIL)

ANUGERAH TOKOH NILAM GURU NEGERI
ALIAS BIN ISMAIL (SMK KUALA JENDERIS)

GURU CEMERLANG DAERAH
HJH MAZIAH BT CHIK (PENGETUA SMK MENERONG)

TOKOH GURU
HAJI MUHAMAD BIN HAJI MOHD ZIN

PEPERIKSAAN AWAM - UPSR
SK DUSUN

PEPERIKSAAN AWAM - PMR
SM IMTIAZ

PEPERIKSAAN AWAM - SPM
SM IMTIAZ

PEPERIKSAAN AWAM - STPM
SMK LANDAS


Dipetik dari Laman Sesawang Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
http://www.moe.gov.my/ppdhuluterengganu/

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2010 ... April/Mei 2010


Keputusan Pertandingan :

Mei : Tahun 2
April : Tahun 5
Mac : Tahun 4
Februari : Tahun 3

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ... Klinik Pergigian Ajil

Pasukan Pergigian Bergerak Klinik Pergigian Ajil akan memberikan Perkhidmatan Pergigian kepada murid-murid dari Pra sekolah hingga Tahun 6 di SK Menerong mulai dari 2 Jun 2010 [Rabu].

Program tersebut akan dijalankan sebagaimana berikut:
1. Pemeriksaan Pergigian - 2 Jun 2010 [Rabu]
2. Ceramah dan Latihan Memberus Gigi - 21 Jun 2010 [Isnin]
3. Rawatan Pergigian - 20 Jun 2010 sehingga selesai


Dr. Nor Azlida binti Mohd Nor
Pegawai Pergigian Y/M
Klinik Pergigian Ajil

Tuesday 1 June 2010

Kumpulan PKK HT-33 @ Kem Lencana Keris Siri 1 Tahun 2010


Seramai 11 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK) Kumpulan HT-33, SK Menerong telah turut serta dalam Kem Lencana PKK siri 1 tahun 2010 yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Terengganu bermula 27 hingga 29 Mei 2010 baru-baru ini. Kumpulan ini adalah di bawah kepimpinan Cikgu Nik Rozi bin Nik Ishak. Peserta-peserta HT-33 kali ini terdiri daripada murid-murid tahun 4 dan 5. Penyertaan kali ini adalah sebagai pendedahan PKK kepada menulis buku log dan juga amali beberapa perkara yang terkandung di bawah Skim Latihan Lencana PKK.


~GPK Kokurikulum~

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com