SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Thursday 8 March 2012

Kokurikulum : Latihan Pusat Kontinjen


Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu sedang mengadakan latihan pusat kontinjen Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) ke Perkhemahan TKRS Negeri Terengganu 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu. Latihan ini berlangsung daripada 08 hingga 10 Mac 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu. Seramai 18 orang peserta putera dan juga 18 orang puteri. Kontinjen ini akan diiringi oleh Cikgu Yusof bin Endut; Cikgu YM Tg Khatijah; dan Cikgu Zawate.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com