SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 31 January 2016

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT ZON KDSR 3

Kejohanan ini berlangsung di SK LKTP Bukit Bading dan melibatkan sekolah-sekolah rendah zon KDSR 3 Hulu Terengganu.

SK Menerong telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada pasukan perempuan kerana berjaya menjadi johan peringkat zon menewaskan SK Peroh pada perlawanan akhir.








Saturday 30 January 2016

Gotong-Royong Cegah Aedes

Berikutan gejala demam denggi yang semakin berlarutan, pihak sekolah telah mengadakan program gotong royong membersihkan sekolah dan kawasan sekitarnya.

Program ini melibatkan semua murid, guru, kakitangan dan para ibubapa.









Thursday 21 January 2016

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah 2016

SK Menerong telah menghantar seramai 12 orang wakil untuk mneyertai kejohanan ini yang berlangsung di SMK Menerong.

Kejohanan kali ini dianggap yang paling berjaya kerana dapat menarik peserta yang lebih ramai berbanding tahun-tahun sudah.






Tahniah kepada Nurul Syazwina Binti Zio@Muhamad kerana berjaya mendapat tempak kelima seterusnya berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri.

Sunday 17 January 2016

Program Mentor Mentee Tahun 6

Program Mentor Mentee diteruskan lagi untuk tahun 2016. Seramai 22 orang murid tahun enam diserahkan kepada 'Bapa angkat' masing masing.

Semoga mereka mendapat bimbingan yang secukupnya untuk menghadapi UPSR yang akan berkunjung tiba tidak lama lagi.






Sunday 10 January 2016

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2016






Thursday 7 January 2016

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah 1437H

Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1437H / 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 7 Januari 2016.
Majlis ini melibatkan semua guru, kakitangan dan murid-murid SK Menerong.

Majlis dimulakan dengan Alunan Selawat oleh murid di dataran sekolah sebelum perarakan di sekitar Kampung Gunung






Selepas perarakan, majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hakim Bin Ismail





Pertandingan Azan, sajak, mewarna dan melukis poster





Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com