SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 29 September 2010

Rumah Terbuka 1431 ... Persiapan




Jiwa Merdeka ... Penutup Bulan Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-53



Tuesday 28 September 2010

Kelas Patriotik ... Penutup Bulan Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-53

Ustazah Meriam Chik, Guru Kelas (Tahun 3) Naib Johan Pertandingan Kelas Ceria Patriotik Bulan Merdeka 2010 sedang menerima hadiah daripada Puan Guru Besar

Adik Muhammad Shafaruddin, Ketua Kelas (Tahun 3) Naib Johan Pertandingan Kelas Ceria Patriotik Bulan Merdeka 2010 menerima hadiah daripada Puan Guru Besar

Cikgu Roba'iyyah, Guru Kelas (Tahun 5) Johan Pertandingan Kelas Ceria Patriotik Bulan Merdeka 2010 menerima hadiah daripada Puan Guru Besar

Adik Muhammad Afiq, Ketua Kelas (Tahun 5) Johan Pertandingan Kelas Ceria Patriotik Bulan Merdeka 2010 menerima hadiah daripada Puan Guru Besar

Wednesday 22 September 2010

SAYA IALAH JUARA

Juara tidak pernah berputus asa. Orang yang mudah berputus asa tidak akan akan menjadi seorang juara atau seorang pemimpin. Mengaku kalah adalah mudah. Yang sukar adalah untuk bangun semula selepas kalah. Dua kali jatuh, tiga kali bangun, lima kali jatuh enam kali bangun, Itulah sifat seorang juara. Bak kata pepatah “biar kalah tetapi jangan mengalah”.

Oliver dan Wilbur Wright ialah orang pertama yang mencipta kapal terbang. Sebelum dapat mengemudi kapal terbang buatan sendiri dengan jayanya di Kittyhawk, Amerika Syarikat pada tahun 1904, mereka telah gagal beberapa kali. Namun mereka berdua tidak pernah berputus asa sehinggalah mereka berjaya.

Itulah salah satu sifat yang dimiliki oleh mereka yang bergelar juara dan pemimpin. Mereka bukan sahaja hebat dalam erti kata menguasai sepenuhnya dalam bidang yang diceburi, malah mereka tidak mudah berputus asa. Mereka tidak pernah menyerah kalah dan sikap yang sedemikianlah yang perlu ada di dalam diri seorang hamba Allah yang bergelar pemimpin. Seorang pemimpin, perlu memiliki kemahiran, pengetahuan dan cekal dalam mengharungi cabaran dan dugaan.

Dalam dunia pendidikan, seseorang juara dan pemimpin hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Juara dan pemimpin jangan mudah berputus asa. Sebagai contohnya, sekiranya kita kurang mahir dalam aspek atau mata tertentu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh agar aspek kelemahan tadi dapat diatasi. Berputus asa atau mengalah satu perkara yang mudah sahaja tetapi malang sekali jika itu pilihan kita. Biar kalah tetapi jangan mengalah.

Selain daripada ciri yang dinyatakan di atas, seorang juara perlu memiliki sifat adil, lebih-lebih lagi dia merupakan seorang pemimpin. Kepimpinan dari kaca mata Islam merujuk kepada keperibadian dari segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik ialah berilmu pengetahuan, pegangan agama yang kukuh, benar dalam perkataan dan tindakan, seorang lelaki, adil, bijak dalam menangani masalah dan sentiasa menyampaikan pesanan yang benar.

Majlis Penyerahan Ilmu UPSR 2010 ... Lensa SuQMa 1



Monday 20 September 2010

Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah

Rujukan Kami : TBA 5014/05/01/005
Tarikh : 14 September 2010
Bersamaan : 5 Syawal 1431

Guru Penolong Kanan (Pentadbiran)
Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid)
Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)
Pengerusi PIBG SK Menerong
Wakil Guru KAFA SK Menerong
Pengerusi JKKK Kampung Menerong
Pengerusi JKKK Kampung Gunung

Tuan,

MESYUARAT KHAS MAJLIS RUMAH TERBUKA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1431 HIJRAH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah akan diadakan pada 28 september 2010 bersamaan 19 Syawal 1431 Hijrah bertempat di Dewan SK Menerong.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat berkenaan yang akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 20 September 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Menerong

Segala kerjasama serta keprihatinan tuan sehingga menjayakan majlis berkenaan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Bersama Melonjakkan Prestasi Cemerlang"

Saya yang menurut perintah,


T.T.

(HASMAH BINTI HAMZAH)
Guru Besar,
SK Menerong

s.k.:
1. Cikgu Azlina binti Alias - Mohon mencatat minit mesyuarat
2. Fail timbul

UPSR 2010 ... Selamat Berjaya

Thursday 16 September 2010

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

TBA 5014/06/06/011 / (2)
Tarikh : 15-09-2010

Kepada

Semua Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 6,
SK Menerong,
21800 Ajil, Terengganu.

Tuan,

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Solat Hajat Perdana UPSR 2010 sebagai persediaan anak tuan/puan menghadapi peperiksaan UPSR.

3. Sehubungan itu, tuan dikehendaki hadir bagi menjayakan program tersebut sepertimana berikut:

Tarikh : 17 September 2010 [Jumaat]
Masa : 7.00 malam
Tempat : Surau SK Menerong

Kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam menjayakan program tersebut amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,

t.t.
(HASMAH BINTI HAMZAH)
Guru Besar,
SK Menerong

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-47

"Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak."

Sunday 12 September 2010

SAYA TIDAK BOLEH DAN TIDAK PERLU UBAH SESIAPA, SAYA HANYA PERLU UBAH DIRI SENDIRI

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar-Ra’ad ayat 11).

Berdasarkan ayat di atas, kita perlu yakin bahawa diri sendiri yang perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak menjadi seorang yang berjaya.

Kebanyakan orang hanya menunggu orang lain berubah terlebih dahulu sebelum mereka berubah. Sikap, “hanya selepas cikgu mampu menjadikan orang lain berubah, baru aku hendak belajar bersungguh-sungguh” tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kegagalan.

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang ialah mereka sendiri tidak mahu berubah tetapi mengharapkan orang lain berubah. Sebagai contoh, kita ambil kes pelajar yang menghadapi masalah menguasai subjek sains. Guru sains tidak mengajar dengan baik manakala kawan-kawannya pula suka bermain-main ketika guru mengajar. Walaupun tahu kelemahannya, dia tidak mahu berubah. Dia berjanji untuk berubah hanya apabila guru memperbaiki pengajarannya dan rakan-rakannya turut memberi tumpuan dalam kelas. Sikap seperti ini tidak betul kerana yang perlu berubah terlebih dahulu bukan orang lain tetapi diri sendiri.

Kita tidak perlu menunggu guru atau kawan-kawan berubah, kita yang harus berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru. Kita sebagai khalifah Allah yang mempunyai akal fikiran perlu berubah dan memperlengkap diri kita dengan ilmu kepimpinan selaras dengan kejadian kita sebagai pemimpin di muka bumi ini.

*Modul PENDAHULU [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu]

Saturday 11 September 2010

Salam Eidilfitri wal Faizin ... 1 Syawal 1431


UNTUK MENDAPAT YANG TERBAIK, APA SAHAJA YANG DILAKUKAN, SAYA MESTI LAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN SEBAIK MUNGKIN

Apabila kita melakukan sesuatu kerja kita akan melakukan dengan sebaik yang termampu, lazimnya hasil yang diperolehi adalah yang terbaik dan membanggakan. Oleh itu, sebagai khalifah Allah atau pemimpin di muka bumi, kita hendaklah memupuk diri kita untuk melakukan yang terbaik dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.

Contohnya kalau kita mengulang kaji atau membuat latihan sebanyak 1 jam sehari, maka mungkin kita hanya dapat mengingat sedikit sahaja fakta berbanding dengan rakan kita yang mengulangkaji atau membuat latihan sebanyak 4 jam sehari.

Sekiranya kita belajar sedikit, maka markah peperiksaan yang diperolehi pun sedikit. Sekiranya kita berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus untuk menghadapi sesuatu peperiksaan, nescaya markah yang diperolehi pun meningkat dengan lebih ketara. Oleh itu, sekiranya kita mempunyai semangat juang yang tinggi dan kuat berusaha, maka kita akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dan mampu menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani.

Tetapi kalau semangat juang dalam diri kita tidak kental, kita tekun belajar hanya sebulan dua terakhir sebelum peperiksaan, mustahil kita akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Sedangkan kita diberi masa yang panjang untuk membuat persediaan. Hasil yang kita perolehi selaras dengan usaha yang kita curahkan. Jadi “to get the best, I always give my very best”.
Dibawah ini dinyatakan 10 ciri pemimpin yang berkesan untuk panduan kita bersama :

1. Kebersihan jiwa dan rohani
2. Kuat dan sihat tubuh badan
3. Memiliki keupayaan mental dan fikiran
4. Mengenal ahli dan organisasi yang dipimpin
5. Mengenali jiwa
6. Memberi perhatian kepada ahli
7. Menjadi teladan yang baik
8. Pandangan yang tajam
9. Semangat yang kuatOptimistik

* Modul PENDAHULU [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu]

Salam Eidilfitri wal Faizin ... 1 Syawal 1431


SAYA TIDAK KALAH APABILA BERADA DI BAWAH, SAYA HANYA KALAH SEKIRANYA TIDAK BANGUN SEMULA

Kalah, bangun. Kalah, bangun. Kalah, bangun. Lama-lama berjaya juga. Itulah asas kejayaan. Ada orang lain pula kalah, tidak bangun-bangun. Dia cuma kalah sekali tetapi tidak bangun-bangun itulah punca kegagalan.
Contohnya seorang pemuda belajar menunggang motosikal. Sebelum dapat menguasai kemahiran berkenaan, pemuda tersebut perlu membuat banyak latihan. Namun, mereka yang berjaya kelak tidak semestinya mereka yang membuat banyak latihan. Mereka yang berjaya menguasai kemahiran berkenaan ialah mereka yang bukan sahaja banyak membuat latihan, tetapi apabila mereka berhadapan dengan keadaan lalu lintas yang sesak, tidak mudah putus asa. Walaupun beberapa kali gagal, mereka akan terus mencuba dan mencuba sehingga berjaya. Itulah asas kemenangan dalam hidup ini.
Usaha yang berterusan memerlukan seseorang yang mempunyai stamina dan mental yang tinggi dan sanggup berusaha keras dan tidak mudah mengaku kalah. Melalui tenaga mental yang tinggi, seseorang berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan cabaran masa kini dan mengadaptasi sebarang masalah serta menukarkannya kepada peluang, namun sebaliknya pula bagi orang-orang yang gagal.
Manusia yang bangkit daripada kegagalan akan merenung, mengkaji kesilapan yang telah dilakukan. Mereka akan berusaha semula dengan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Dengan cara ini, pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada sebelumnya.
Kegagalan bukanlah bermakna anda gagal selama-lamanya. Sebaliknya, bagi orang yang berfikiran positif, kegagalan hanyalah permulaan dalam kejayaan. Contohnya, pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan bangkit daripada kegagalan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Orang yang bangkit akan berusaha lima kali ganda daripada sebelumnya. Ini disebabkan mereka telah merasai keperitan kegagalan dan tidak mahu mengulangi perkara yang sama. Orang yang bangkit daripada kegagalan mempunyai daya ketahanan dan berupaya bangun semula apabila menghadapi masalah, tidak mudah kecil hati dan mempunyai pendirian yang kukuh. Setiap usaha dilakukan lebih berhati-hati dan mantap kerana mempunyai pengalaman sebelum ini.

*Modul PENDAHULU [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu]

Wednesday 8 September 2010

PEMIMPIN YANG HEBAT AKAN CUBA MEMENUHI SETIAP JANJI DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MENUNAIKANNYA


Sikap pemimpin yang sentiasa menepati janji akan menonjolkan penampilan karisma seorang pemimpin yang hebat. Orang yang tidak menunaikan janji akan mengecewakan orang lain dan tidak akan dipercayai sehingga bila-bila.

Pemimpin yang hebat mempunyai tahap kemesraan yang tinggi sehingga mampu menarik dan mempengaruhi orang lain kepadanya. Kemesraan ini perlu disaluti dengan unsur-unsur kecindan iaitu mesra dan mudah berjenaka. Unsur kecindan perlulah membawa manfaat dan tidak melebih-lebih sehingga boleh menjatuhkan maruah orang lain. Ianya perlu dilakukan dalam keadaan terkawal dan boleh diterima oleh orang lain. Kecindan yang berunsur negatif seperti lucah, cakap besar, berbohong, menambah cerita perlu dielakkan. Ini disebabkan setiap kata-kata yang keluar daripada mulut pemimpin seolah-olah arahan yang perlu diikuti oleh organisasinya.

Pemimpin yang hebat juga perlu mempunyai integriti yang tinggi iaitu tabiat yang baik, tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan kata-kata dengan perbuatan berlaku secara seiring. Sikap cakap tak serupa bikin perlu dielakkan sama sekali kerana boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang. Setiap kata-kata, perbuatan dan tingkah laku seorang pemimpin akan dinilai oleh organisasinya. Oleh itu, organisasinya akan memperkatakan apa yang baik dan buruk kepada orang lain. Jarang sekali, ahli organisasi berani untuk menegur kesilapan pemimpinnya. Sebaliknya bersikap suka mengkritik di belakang.

Pemimpin perlu mempunyai imej kendiri yang baik, berasa yakin pada diri sendiri, pada hidup dan orang lain. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran menanam kepercayaan terhadap orang di sekeliling untuk melaksanakan tugasan. Keyakinan semasa memimpin akan terserlah semasa pengucapan, taklimat, mesyuarat, menangani soalan-soalan ahli organisasi dan sebagainya. Sekiranya berjaya menguasai situasi maka kewibawaan pimpinannya akan terserlah dan semakin dihormati oleh orang lain. Kemahiran interpersonal amat penting untuk menawan orang lain dan mengembangkan potensi mereka. Melalui kemahiran ini, pemimpin dapat mempengaruhi orang lain dan mengajak ahli bekerja secara ikhlas. Perkara ini dapat dilakukan dengan menanam keyakinan terhadap ahlinya dan kurang mengkritik serta menjatuhkan moral kerja ahli.
Pemimpin perlu mengelak melakukan kerja yang tidak baik kerana ini merupakan token atau peluang untuk orang lain merendah-rendahkan anda. Dalam masa yang sama perlu mempunyai tabiat keanjalan dalam mengurus organisasi iaitu tidak gentar untuk berubah, cair dan mengalir mengikut perubahan organisasi di samping mempunyai kemahiran intuisi iaitu boleh meramal dan merasai sesuatu tanpa data yang konkrit.

*Modul PENDAHULU September 2010 [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu]

Tuesday 7 September 2010

Majlis Khatam Qur'an 1431 Hijrah ... Lensa 2

KITA BUKAN SAHAJA PERLU CEKAP TETAPI JUGA DAPAT MEMBUAT KERJA SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Seseorang yang ingin berjaya perlu mempunyai sikap dan keinginan yang melebihi daripada orang lain. Dalam melaksanakan perancangan perlu mempunyai kecekapan dan berhati-hati dalam melaksanakan tugas serta tidak melakukan kesilapan. Kecekapan akan terhasil melalui usaha yang gigih, sikap ini akan terhasil apabila anda betul-betul dapat menguasai sesuatu bidang. Oleh itu, sikap ketelitian dan minda yang tajam dapat memupuk kecekapan semasa melakukan sesuatu. Sikap ketelitian pula memerlukan fokus yang tinggi semasa melakukan sesuatu. Sebarang gangguan perlulah dielakkan yang menyebabkan kecuaian dalam melakukan sesuatu. Kecuaian perkara sama dan berulang-ulang akan menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang. Manakala minda tajam memerlukan pengetahuan yang luas dan pemikiran yang kreatif. Pengetahuan yang luas dapat dicari melalui pembacaan, melayari internet dan mencuba untuk melakukan sendiri tentang apa yang difahami.

Setiap tugasan perlu dilaksanakan dengan cepat dan sentiasa melaksanakan perkara yang betul. Oleh itu, anda perlu mengamalkan perkara yang betul walaupun perkara tersebut cerewet, berulang-ulang dan sebagainya. Tiada jalan pintas untuk melakukan sesuatu tugas melainkan anda mempunyai inovasi yang tinggi dan diakui oleh orang lain. Sebaik-baiknya, sebelum anda melakukan sebarang tugasan, buatlah senarai semak tugasan berdasarkan keutamaan dan kesegeraan menyelesaikan tugasan. Ini dapat menambahkan kecekapan anda dalam melaksanakan tugas.

Setiap tugasan yang dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar hanya membezakan tahap kecekapan dalam menyiapkan tugasan dan mengurang kesilapan semasa melakukannya.

Orang yang cekap akan bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas, tidak memberi alasan dan sentiasa menyiapkan kerja tepat pada masanya untuk beroleh hasil kerja berkualiti dan memenuhi kehendak orang lain.


*Modul Pendahulu September 2010 [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Modul Pendahulu September 2010... Kepimpinan & Perjuangan


Sunday 5 September 2010

Suntikan Semangat Daripada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu


5 September 2010 [Ahad] : Warga UPSR 2010 telah dikejutkan dengan kehadiran Encik Shafruddin Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu yang diiringi oleh Tuan Haji Sohaimi, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Tuan PPD Hulu Terengganu telah sempat meluangkan masa 30 minit untuk berinteraksi serta menyuntik semangat kepada 18 orang calon UPSR 2010 SK Menerong yang sedang menjalani Program 5:25 UPSR 2010 (Fasa 1) peringkat SK Menerong.

Beliau berharap calon-calon berkenaan tidak leka sepanjang cuti serta sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi kerana UPSR juga akan menjelma kurang dari 15 hari sahaja lagi. Para calon diharapkan dapat menjaga kesihatan diri serta menjaga permakanan dalam suasana hari raya nanti.

Akhirnya, beliau juga berharap semoga calon dapat mencipta kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2010 di samping mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam merealisasikan agenda pendidikan menjadikan Hulu Terengganu sebagai Pendahulu dan wawasan kerajaan negeri Terengganu sebagai Anjung Ilmu.

Friday 3 September 2010

Majlis Berbuka Puasa ... Lensa Dua

Selamat Bercuti....


* Cuti Sempena Aidilfitri melibatkan:

  • Cuti Umum : 12 September 2010
  • Cuti Peristiwa : 13 & 14 September 2010
  • Cuti berganti : 15 & 16 September 2010
    • Majlis Berbuka Puasa ... Lensa Satu

      30 Ogos 2010 : Kelab Guru dan Staf SK Menerong telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di Bilik Jamuan SK Menerong. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Majlis kali ini diadakan di Bilik Jamuan memandangkan kegawatan ekonomi dan langkah berjimat cermat kelab dalam merealisasikan seruan kerajaan di samping meneruskan agenda dalam memperkukuhkan silaturrahim di kalangan guru serta staf SK Menerong.

      Warga SK Menerong...

      Warga SK Menerong...

      www.satisfaction.com