SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 17 April 2012

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2012

Ruj.Kami : PPDHT 06/05/001 Jld.3 ( )
Tarikh : 16 April 2012


Semua Guru Besar / Pengetua
Sekolah Daerah Hulu Terengganu


Tuan,

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, surat Kermenterian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia KPKK: SKOM/KP(S)600-4/3 Jld4 (4) bertarikh 27 Mac 2012 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa ekoran sambutan menggalakkan oleh pelajar sekolah seluruh negara pada pertandingan 2010 dan 2011, Kementerian berkenaan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sekali menganjurkan pertandingan seumpamanya tahun ini.

3. Sehubungan dengan itu, pejabat ini mengesyor dan sangat menggalakkan penyertaan pelajar dari sekolah tuan. Di samping mempraktikkan teori ajaran guru dan mengasah bakat, pelajar juga berpeluang mengalami penulisan surat secara realiti. Hadiah lumayan menanti pelajar yang dipilih sebagai pemenang. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap penyertaan.

4. Bersama ini dilampirkan salinan surat berkenaan berserta maklumat dan syarat pertandingan. Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut, pihak tuan/pelajar boleh melayari laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia www.skmm.gov.my atau Pos Malaysia www.pos.com.my.

5. Kerjasama tuan menyahut saranan ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘Pendidik Penyayang Murid Berkualiti’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

- tt -
(MOHD HASAN BIN MAT RAHIM)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Pengurusan Kurikulum (Bahasa)
b/p Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu


s.k- - Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
- Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Thursday 12 April 2012

Daulat Tuanku ... DYMM Yang Dipertuan Agong ke-14

Daripada Seluruh Warga SK Menerong
merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

Atas Pertabalan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Yang Dipertuan Agong yang ke-14


Semoga pemerintahan Tuanku akan membawa keharmonian serta kesejahteraan kepada semua rakyat jelata.

Sunday 8 April 2012

Info Sukan ...



8 hingga 11 April 2012
Pusat Kokurikulum PPD HT (SK Menerong)

Pasukan B18 L = 12 orang
Pasukan B18 P = 12 orang
Pasukan B12 L = 12 orang
Pasukan B12 P = 12 orang
Jumlah Pemain = 48 orang

Saturday 7 April 2012

Kejohanan Bolasepak MSSM Hulu Terengganu 2012


8 hingga 10 April 2012
Padang SK Bukit Perah, Ajil, Terengganu

Sekolah Kebangsaan Menerong selaku pasukan Naib Johan Bolasepak Zon KDSR3 akan mengiringi Sekolah Kebangsaan Bukit Diman ke Kejohanan Bolasepak B12 MSSM Hulu Terengganu 2012.

Program @ Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu


Telah berlangsung Program Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu 2012 bermula 3 hingga 5 April 2012 yang lepas. Perkhemahan ini telah melibatkan 150 orang peserta daripada semua sekolah menengah di daerah Hulu Terengganu.

Kawad Kaki, Bantu Mula, Berbasikal dan Berkayak merupakan aktiviti utama sepanjang perkhemahan ini. Seramai 35 orang jurulatih pusat kokurikulum serta guru pengiring telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan perkhemahan ini.

Perasmian penutup perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khalid bin Mustaffa, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Mesyuarat Agung PIBG SK Menerong Kali Ke-29

Mesyuarat Agung PIBG SK Menerong kali ke-29 telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ajil. Turut hadir wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Encik Wan Azhari bin Wan Awang (Pen. Pegawai Pelajaran Daerah-Pembangunan, Perolehan dan Aset). Mesyuarat agung kali ini telah membincangkan satu usul iaitu Penubuhan Tabung Dana Kecemerlangan Pendidikan SK Menerong serta pelantikan Timbalan Pengerusi yang baru bagi menggantikan Encik Sulaiman bin Muda selaku Guru Besar SK Menerong. Mesyuarat telah sebulat suara melantik Encik Zulkifli.

Perasmian Mesyuarat Agung oleh YB Dato' Rosol Wahid, ADUN Ajil

Salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG SK Menerong sedang mengemukan usul

Antara yang hadir ke mesyuarat

Lensa : Aqela Esham Busu

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2012

1. TARIKH PERTANDINGAN
Pertandingan akan bermula pada 01 April hingga 26 April 2012.

2. TEMA SAJAK
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

3. HADIAH
Pertama : Hadiah bernilai RM 300.00 dan Sijil
Kedua : Hadiah bernilai RM 200.00 dan Sijil
Ketiga : Hadiah bernilai RM 100.00 dan Sijil

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  • Penyertaan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang sedang berkhidmat di Terengganu di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) sajak ciptaan sendiri yang belum pernah memenangi sebarang sayembara / pertandingan dan belum pernah diterbitkan dalam penerbitan bercetak.
  • Karya yang dihantar mestilah asli dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif.
  • Sajak mestilah menggunakan Bahasa Melayu (Rumi) dan mempunyai tajuk.
  • Jumlah bait sajak hendaklah tidak melebihi 30 bait.
  • Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 11 dengan spacing 1.5.
  • Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur di dalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
  • Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah.
  • Pihak penganjur akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diisytiharkan sebagai pemenang.
  • Keputusan panel penilai adalah muktamad.

5. PENGHANTARAN PENYERTAAN
Karya hendaklah dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No.Telefon, Nama Sekolah/Pejabat dan Alamat Rumah (pada helaian lain daripada sajak). Karya boleh dihantar secara online melalui E-mel : ubmspa.jpnt@moe.gov.my atau dihantar ke alamat berikut:

Unit Bahasa Melayu,
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu.
Tel : 09 – 6213316
Fax : 09 – 6234335 / 6213024
(U.P: En. Mohamad @ Johari bin Ambak / Puan Wan Saudah binti Wan Abdullah)

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2012

Ruj. Kami : P.T. 11018-11(27)
Tarikh : 2 April 2012

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Perayaan Hari Guru tahun 2012, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan pertandingan di atas bertujuan untuk mengasah bakat dan kreativiti warga pendidik Terengganu dalam seni kreatif penulisan puisi di samping memupuk minat dan kecintaan mereka terhadap bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

2. Sehubungan dengan itu, guru-guru sekolah tuan dijemput untuk menyertai pertandingan di atas.

3. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat dan syarat-syarat pertandingan tersebut.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mohamad @ Johari bin Ambak di talian 019-9840515 @ Puan Wan Saudah binti Wan Abdullah di talian 019-9119973.

Kerjasama dan komitmen tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HASHIM BIN MOHD ZIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k.
1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Makluman
2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah - Makluman
3. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik - Makluman

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com