SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 27 October 2010

Ujian Akhir Tahun 2010


Selamat Menduduki
Ujian Akhir Tahun 2010
kepada

Semua Murid SK Menerong

Semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang

Tuesday 26 October 2010

Jasa Tuan Dikenang ... YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam


Bersara wajib pada 27 Oktober 2010 [Rabu]

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) BAHASA INGGERIS TAHUN 1 UNTUK SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2010


Tarikh : 10,11 dan 14 November 2010 ( Rabu, Khamis & Ahad )

Tempat : BTPN, Marang, Terengganu
Pegawai Bertanggungjawab : Encik Mohd Ruslee bin Jalil ( No. h/p : 019-9135293 ) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.

Tindakan : Encik Esham bin Busu

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) BAHASA INGGERIS TAHUN 1 UNTUK SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2010

Ruj. Kami : P.T.18002-04(20)
Tarikh : 14 Oktober 2010

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Tuan,

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) BAHASA INGGERIS TAHUN 1 UNTUK SEKOLAH RENDAH NEGERI
TERENGGANU 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan kursus tersebut selaras dengan arahan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah rendah untuk sesi persekolahan 2011.

3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan menghantar guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 1 ke kursus yang akan dijalankan selama tiga (3) hari, mengikut tarikh, tempat, masa dan bilangan guru sebagaimana ketetapan dalam Lampiran A1 hingga A8 berkembar. Sila rujuk Lampiran B untuk Jadual Kursus.

4. Guru-guru yang dihantar berkursus juga dikehendaki membawa bersama
bahan-bahan berikut;
4.1 Alatan menulis dan mewarna serta buku nota
4.2 Buku Teks dan Buku Kerja KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 yang baru
4.3 Gunting atau Cutter dan Gam
4.4 Komputer riba (sebuah sahaja, jika ada)
4.5 Satu salinan muka hadapan buku akaun bank
( untuk tujuan tuntutan perjalanan )
4.6 Kad Pelaporan Kursus

5. Makan dan minum disediakan oleh pihak jabatan. Penginapan tidak disediakan. Semua peserta dibenarkan membuat tuntutan sepertimana pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang.

6. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mohd Ruslee bin Jalil ( No. h/p : 019-9135293 ) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.

Kerjasama daripada tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Saya yang menurut perintah,



( HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG )
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik ,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) BAHASA MELAYU TAHUN 1 UNTUK SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2010


Tarikh : 7 hingga 9 November 2010 ( Ahad - Selasa )
Tempat : BTPN, Marang, Terengganu

Pegawai Bertanggungjawab : Encik Ab. Abid bin Mahamad ( No. h/p : 019-9346830 ), Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.
Tindakan : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) BAHASA MELAYU TAHUN 1 UNTUK SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2010

Ruj. Kami : P.T.18002-04(21)

Tarikh : 14 Oktober 2010


Semua Guru Besar Sekolah Rendah,

Negeri Terengganu Darul Iman.


Tuan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan kursus tersebut selaras dengan arahan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah rendah untuk sesi persekolahan 2011.


3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan menghantar guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 ke kursus yang akan dijalankan selama tiga (3) hari, mengikut tarikh, tempat, masa dan bilangan guru sebagaimana jadual.


4. Guru-guru yang dihantar berkursus juga dikehendaki membawa bersama bahan-bahan berikut;

4.1 Alatan menulis serta buku nota

4.2 Komputer riba (sebuah sahaja, jika ada)

4.3 Satu salinan muka hadapan buku akaun bank (untuk tujuan tuntutan perjalanan)

4.4 Kad Pelaporan Kursus


5. Makan dan minum disediakan oleh pihak jabatan. Penginapan tidak disediakan. Semua peserta dibenarkan membuat tuntutan sepertimana pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang.


6. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Ab. Abid bin Mahamad ( No. h/p : 019-9346830 ) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.


Kerjasama daripada tuan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


Saya yang menurut perintah,


( HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG )

Ketua Sektor,

Sektor Pengurusan Akademik ,

b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

KURSUS LITERASI, GURU BAHASA MELAYU TAHUN 2, 2010 DAERAH HULU TERENGGANU DAN MARANG

Tarikh : 26 hingga 28 Oktober 2010 ( Selasa – Khamis )
Tempat : Gem Beach Resort, Kuala Terengganu
Pendaftaran : 2.30 hingga 4.30 petang
Taklimat : 8.30 hingga 10.30 malam
(Haji Ghazali bin Mohamad, Unit Kurikulum Rendah)
Tindakan : Puan Hajjah Rasidah binti Sarkom @ Othman

Sunday 24 October 2010

Lawatan Pengauditan Terhadap Pengurusan Kontrak Perkhidmatan Kebrsihan dan Kawalan Keselamatan

24 Oktober 2010 (Ahad) : Satu lawatan pengauditan terhadap pengurusan Kontrak Perkhidmatan Kebersihan dan Kawalan Keselamatan telah diadakan di SK Menerong oleh Bahagian Audit Dalam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawatan Pengauditan ini adalah bertujuan untuk menentukan pengurusan Kontrak Perkhidmatan Kebrsihan dan Kawalan Keselamatan diuruskan dengan teratur dan mematuhi syarat-syarat kontrak.

Pengauditan ini telah dijalankan oleh Encik Mohd Azizi bin Md Yamin dan Cik Wan Nor Azma binti Wan Isa. Encik Afandi bin Abdul Ghani, Pegawai Khas PPDa, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu pula sebagai pegawai pengiring.

Sepanjang pengauditan dijalankan, pasukan ini telah memeriksa salinan dokumen kontrak Perkhidmatan Kebersihan dan Kawalan Keselamatan yang masih berkuatkuasa bagi tahun 2010, fail-fail Kontrak Perkhidmatan Kebersihan dan Kawalan Keselamatan mengenai Laporan Prestasi Kontraktor dan Rekod Pengenalan/Kehadiran Pekerja serta beberapa dokumen lain yang berkaitan.

Pasca UPSR 2010 ... Sukaneka



Wednesday 20 October 2010

ANUGERAH GURU UNGGUL EXXONMOBIL 2010

Ruj. Kami : P.T.11045-01( 61 )
Tarikh : 17 Oktober 2010

Penolong PPD(Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan)
Pengetua/Guru Besar,
SMK/SMKA/SK Negeri Terengganu

Melalui dan salinan:

Pegawai Pelajaran Daerah

Tuan,

ANUGERAH GURU UNGGUL EXXONMOBIL 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Anugerah Guru Unggul ExxonMobil 2010 diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru di negeri Terengganu yang telah terbukti menunjukkan kecemerlangan dalam meningkatkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid.

3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon memaklumkan dan menghebahkan serta menggalak guru-guru untuk memohon anugerah ini. Sekolah hanya dibenarkan mencalonkan dua (2) orang guru yang layak sahaja. Borang permohonan dan garis panduan berkaitan anugerah ini dilampirkan untuk tindakan pihak tuan

4. Untuk makluman, semua pencalonan hendaklah dihantar kepada Penolong PPD (Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan), Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing pada atau sebelum 3 November 2010. Sebarang pertanyaan berkenaan anugerah ini, sila hubungi En. Mohd Nor bin Ali di talian 09- 6213316/019-9148163.

Atas keprihatinan dan kerjasama tuan, pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,


(HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik,
b.p Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

s.k:

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - makluman
Pegawai Pelajaran Daerah - makluman
Pengurus Hal Ehwal Awam,
ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc - makluman
Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan - untuk tindakan

Tuesday 19 October 2010

SIARAN PERMOHONAN MASUK TINGKATAN 1 KE SEKOLAH ELIT DAN PREMIER NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011

Ruj Kami : P.T.05017-01/2( )
Tarikh : 28.09.2010

Tuan,

Permohonan adalah di pelawa kepada semua calon UPSR 2010 Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk memasuki Tingkatan 1, 2011 di Sekolah Elit (SMK Lembah Bidong dan SMK Mak Lagam) dan Premier Terengganu.

2. Syarat Permohonan adalah sebagaimana berikut :

2.1 Syarat permohonan masuk Tingkatan 1, 2011 ke Sekolah Elit.

a. Murid warganegara Malaysia lepasan UPSR 2010 dari Sekolah Kebangsaan, keutamaan sekolah Negeri Terengganu.
b. Calon mesti memperoleh 5A dalam UPSR 2010.
c. Mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam kegiatan Kokurikulum.
d. Jumlah calon yang dipilih berdasarkan kekosongan dan kemampuan sekolah berkenaan.
e. Setelah calon ditawarkan, sebarang pertukaran sekolah tidak dibenarkan.
f. Calon yang berjaya wajib tinggal di asrama.
g. Calon yang menolak tawaran tidak akan diterima semula ke sekolah elit.
h. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu secara online www. moe.gov.my/jpnterengganu/t1 mulai 16 Disember 2010.

2.2 Syarat permohonan Masuk Tingkatan 1, 2011 ke Sekolah Premier.

a. Murid warganegara Malaysia lepasan UPSR 2010 dari Sekolah Kebangsaan, keutamaan sekolah negeri Terengganu.
b. Calon mesti memperoleh sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR 2010 (Keutamaan kepada calon yang mendapat 5A).
c. Mempunyai pencapaian cemerlang dalam kegiatan kokurikulum.
d. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh PPD.

3. Semua borang permohonan boleh didapati di sekolah masing-masing. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui Guru Besar sekolah selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh pengumuman UPSR 2010. Permohonan yang lewat, tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat akan ditolak.

4. Penawaran tempat ke Tingkatan 1 bagi sekolah elit dan premier bergantung kepada syarat kelayakan serta kekosongan tempat yang ada.

5. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan hanya borang permohonan calon dari sekolah tuan yang layak sahaja dikemukakan kepada Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing untuk pertimbangan Jawatankuasa Panel Pemilihan.

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


(TENGKU ANUAR BIN TENGKU DALAM)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

s.k.:
1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
2. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
3. Semua Ketua Sektor
4. Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Terengganu

PPDHT : SARINGAN 3 LINUS 2010

SALAM.

KEPADA SEMUA GURU BM DAN GURU MATEMATIK TAHUN 1, SELAMAT MELAKSANAKAN SARINGAN 3 LINUS BERMULA 17 HINGGA 21 OKTOBER 2010.

MULALAH BUKA TAPAK NKRA, TENGOK APA YANG ADA DITAPAK....Ingat lagi katalaluan?


PERHATIAN : SARINGAN 3 LINUS

1. Data hendaklah diisi mengikut jumlah murid bagi setiap kelas dalam aliran tahun 1, walaupun semuanya telah berada di aliran perdana (BUKAN HANYA YANG MENGAMBIL SARINGAN 3).

Contoh, sekiranya dalam 1 kelas semuanya telah berada di aliran perdana maka tuliskan jumlah murid di dalam kelas tersebut di kotak aliran perdana. Sekiranya dalam kelas tersebut ada murid linus tegar, linus dan perdana, isikah jumlah murid mengikut konstruk yang berkaitan.


2. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.


3. Kemasukkan data hanya bermula 25 Oktober - 5 November 2010


Mohd Hasan Mat Rahim
PPPDPK(B)

Saturday 16 October 2010

Pemberitahuan : Tarikh Ambil Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH RENDAH AKAN BERLANGSUNG PADA 27 OKTOBER HINGGA 2 NOVEMBER 2010.
(DIAWALKAN : TARIKH ASAL IALAH PADA 31 OKTOBER HINGGA 4 NOVEMBER 2010)

SOALAN TERSEBUT DAPAT DIAMBIL DI PKG MASING-MASING PADA 24 OKTOBER 2010 (AHAD).

SEKIAN,TERIMA KASIH.
--
Unit Kurikulum Rendah,
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Tarikh asal peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Rendah 2010 ialah pada 31 Oktober 2010 hingga 4 November 2010.

3. Memandangkan cuti Akhir Tahun 2010 bermula pada 17 November 2010 (Rabu - Hari Raya Haji) maka peperiksaan Akhir Tahun diawalkan kepada 27, 28, 31 Oktober, 1 dan 2 November 2010

4. Bersama ini disertakan jadual peperiksaan Akhir Tahun 2010 untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mustaffa bin Mohd ( No. h/p : 013-9810750 ) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ditalian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.

Kerjasama daripada tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN’

Saya yang menurut perintah,


(HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik ,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Pasca UPSR 2010 ... Sandwich UPSR 2010 II




Saturday 9 October 2010

PROGRAM KHATAM AL-QURAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2010


Tarikh : 9 Oktober 2010 [Sabtu]
Lokasi : Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Guru Pengiring : Puan Nik Muniza bt. Setafa


Senarai Nama Peserta :

1. Nurqistina bt. Saharuddin [BG 95247]
2. Nurfaqihah bt. Ahmad Zulkifle [BG 22804]
3.
Siti Nur Najihah Eisyah bt. Esham [
BK 81028]
4. Nurul Izati bt. Ibrahim [
BE 50529]

Kalendar Persekolahan Tahun 2011



Program TID OLahraga Bawah 2010 ... Sirkit 1

Tarikh : 09 Oktober 2010 [Sabtu]
Lokasi : SMK Seri Berang, Kual Berang.

Peserta dari SK Menerong:

1. Ahmad Zulhelmi Bin Zainuddin
2. Mohamad Shahrin Bin Suriyadi
3. Mohamad Syaipudin Bin Mohd Syarif
4. Muhammad Nurhasrullah Bin Harun
5. Athirah Binti Yushri
6. Nornasyuha Binti Othman
7. Nur Izyan Munirah Binti Mohd Fazli
8. Nur Syairah Binti Abdul Razak

Ceria Aidil Fitri ... Rumah Terbuka 1431 ... Album SUQMA





Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com