SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 27 March 2012

Biodata Ringkas : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


Encik Zakaria bin Hussin,

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

" Kita sebagai penjawat awam sama ada berada di Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran ataupun sekolah adalah pelaksana segala dasar pendidikan serta dasar-dasar goverment on the day. Kita mesti memahami segala dasar itu sedalamnya dan sebagai golongan teristimewa dalam dunia pendidikan kita mesti memberi pendidikan yang terbaik kepada generasi kita kerana pendidikanlah yang mencorak kehidupan kita hari ini dan kehidupan generasi pada masa hadapan"

Yang Berbahagia En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Sambutan Pengarah dan Perhimpunan Bulan Kali Ke 3, JPN Terengganu di Dataran Perhimpunan Jabatan pada 25 Mac 2012.

En. Zakaria bin Hussin telah dilahirkan pada 25 April 1955 di Kampung Dusun Nyior, Chukai Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Chukai, Kemaman dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Khir Johari, Sungai Petani sebelum ke universiti. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Sarjana Muda Sains 1979 dan seterusnya Diploma Pendidikan (Matematik) dari UKM pada tahun 1980 beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru siswazah di SMK Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Beliau kemudiannya diberi kepercayaan menjawat jawatan Guru Penolong Kanan 1 pada 1 Ogos 1990 hingga 31 November 1995 di sekolah yang sama sebelum bertukar ke SMK Chukai, Kemaman. Sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Kemaman (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) pada 2 Januari 1999 beliau pernah menjadi Ketua Bidang Sains dan Matematik serta Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SMK Ayer Puteh, Kemaman.

Pada 16 Ogos 2003, beliau telah dilantik sebagai Pengetua SM Teknik Kemaman dan pada 1 Julai 2007 telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman banyak kejayaan dicipta antaranya peningkatan keputusan peperiksaan awam serta pernah meraih keputusan daerah terbaik negeri dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM selain kejayaan dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Kerjaya beliau yang cemerlang telah menyakinkan Kementerian Pelajaran Malaysia melantik beliau sebagai Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut pada 8 Julai 2011 dan pada 12 Mac 2012 secara rasmi beliau diberi kepercayaan memimpin Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang ke 43.

Selain mengikuti berpuluh kursus-kursus professional beliau juga seorang yang aktif dalam beberapa pertubuhan sukan dan kemasyarakatan. Anataranya pernah menjadi Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kemaman, AJK Persatuan Bulan Sabit Daerah Kemaman dan pernah menjadi AJK Lembaga Amanah Ketengah dan berbagai lagi. Beliau meminati sukan bowling dan gemar berjoging.

Di atas jasa-jasa dan sumbangan cemerlang beliau pada tahun 2002 beliau dianugerahi dengan Pingat Jasa Kebaktian dan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (1995,2003,2010).

Kita amat yakin dengan pegalaman beliau yang luas dan kemahiran beliau yang tinggi, pendidikan Terengganu akan terus gemilang dan terbilang. Tahniah tuan. Warga pendidikan Terengganu sentiasa bersama-sama tuan.

Sumber :

Laman Blog Unit Pengurusan Sekolah Rendah,

Sektor Pengurusan Sekolah,

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com