SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 28 February 2016

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT NEGERI

Kejohanan Bola Baling peringkat negeri telah diadakan pada 27 Februari 2016 bertempat di SK Atas Tol, Kuala Terengganu. Kejohanan ini diadakan untuk mencari pemain yang akan mewakili Terengganu untuk ke peringkat kebangsaan.

SK Menerong telah menghantar dua orang wakil untuk mewakili Daerah Hulu Terengganu iaitu Nurul Izati Bt Ibrahim dan Nurul Aini Bt Abdul Samat.

Pasukan Hulu Terengganu mendominasi kejohanan ini apabila kedua-dua pasukan L12 dan P12 berjaya menjuarai kejohanan ini. Lebih manis lagi, salah seorang pemain dari SK Menerong telah terpilih untuk mewakili negeri Terengganu untuk perlawanan peringkat kebangsaan iaitu Nurul Aini Bt Abdul Samat.

Tahniah diucapkan.













Monday 15 February 2016

Majlis Temu Murni Murid Tahun 6













Monday 8 February 2016

Kelas Cuti Terancang Tahun 6

Sempena cuti Tahun Baru Cina selama seminggu, pihak sekolah menganjurkan kelas tambahan untuk murid tahun enam.

Ianya penting untuk persiapan murid menghadapi UPSR pada tahun ini. Program ini juga dapat mengisi waktu lapang murid dan mereka tidak membazirkan masa yang terluang sepanjang cuti ini.






Wednesday 3 February 2016

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU

Setelah atlet perempuan menjuarai peringkat zon, SK Menerong meneruskan perjuangannya ke peringkat daerah.

Kejohanan ini berlangsung di SK Kuala Berang selama dua hari.

SK Menerong berjaya menjuarai peringkat kumpulan dan mara ke separuh akhir. Tetapi malangnya tewas kepada SK Telaga.

Walaubagaimanapun, semangat perjuangan mereka harus dipuji. Semoga pada tahun depan, pasukan SK Menerong akan menjadi lebih hebat untuk mengharumkan nama sekolah.








Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com