SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 29 December 2012

Selamat Bertukar... Cikgu Ba'ie

Seluruh Warga SK Menerong
mengucapkan
Selamat Bertugas

Wednesday 7 November 2012

Petikan Akhbar : SISTEM BAND DALAM PBS DI SEKOLAH TIDAK SESUAI DILAKSANA DI NEGARA KITA. MINTA PIHAK BERKENAAN MENGKAJI SEMULA


Harian Metro bertarikh 20 Oktober 2012 - SISTEM BAND DALAM PBS DI SEKOLAH TIDAK SESUAI DILAKSANA DI NEGARA KITA. MINTA PIHAK BERKENAAN MENGKAJI SEMULA


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “Ummi08 (IMA85626)“ dalam ruangan SMS dalam akhbar Harian Metro bertarikh 20 Oktober 2012.
 
“Sistem band dalam PBS di sekolah tidak sesuai dilaksana di negara kita. Minta pihak berkenaan mengkaji semula.”
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah secara terancang mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Dokumen Standard Prestasi (DSP) adalah rujukan utama guru untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
 
DSP ini mengandungi band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens. Band adalah tahap penguasaan murid, di mana Band 6 adalah band tertinggi manakala Band 1 adalah band terendah. Pernyataan standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam pembelajaran. Manakala deskriptor adalah pernyataan tentang tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
 
DSP adalah merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari. Justeru, ia tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid.
 
Maklumbalas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.
 
Untuk keterangan lanjut mengenai PBS sila rujuk laman web KPM di alamatwww.moe.gov.my/lp

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2963

Sunday 9 September 2012

Tip mudah hilangkan stress atau tekanan untuk calon-calon UPSR 2012


Setelah sekian lama berjuang dalam pelajaran, tibalah masanya murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11-13 Sepetember 2012. Saya terpanggil untuk menitipkan beberapa coretan petua untuk menjadi rujukan murid-murid bila berhadapan dengan keadaan panik dan tertekan.

Pertamanya kita harus mengesan tanda-tanda panik atau tekanan yang berlaku. Tanda-tanda tekanan yang sering berlaku kepada calon UPSR adalah seperti berikut:
·         bimbang… perubahan tingkahlaku
·        rungsing….tiada selera atau terlalu berselera makan
·         tidak boleh tidur atau semakin kuat tidur
·         murung, sensitif, marah, sedih dan resah gelisah

Bagaimana caranya untuk menghilangkan rasa tekanan ini….

1.     Semestinya kita sebagai umat Islam harus memperbanyakkan bacaan al-Quran dan sembahyang sunat selain sembahyang lima waktu.

2.    Murid-murid boleh mengira dangan perlahan atau mengira dalam hati. kira (bilang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10) sehingga murid-murid berasa tenang.

3.    Semasa berada di rumah atau sebelum turun ke dewan peperiksaan murid-murid boleh menyiram pokok bunga dengan mengunakan getah paip. Hujung getah paip diletakkan di muka hadapan ibu jari dan pancurkan air tersebut kerana di sekitar muka depan ibu jari ada urat-urat yang boleh menenangkan jiwa seseorang.

4.    Ambil sehelai kertas dan sebatang pen. Buat bulatan di atas kertas tersebut dengan mengunakan pen sehingga murid-murid berasa tenang.

Diharapkan dengan sedikit tips itu dapat meredakan tekanan yang dihadapi oleh murid-murid clon UPSR 2012.

Sekian wasalam.

Wan Abdul Razzak Wan Yaacob
Guru Bimbingan Dan Kaunseling (Kaunselor)
SK Ceneh Baru, Kemaman
XXX-9461063

Dipetik daripada Laman Blog Unit Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu [http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/]

Surat Terbuka Kepada Calon UPSR 2012 Terengganu


Assalamualaikum anak-anak calon UPSR Terengganu 2012

Apa khabar kalian? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut. Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu. Tidak! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para pendeta untuk pertarungan ini.

Anak-anak kami yang berani,

Sebelum melangkah ke gelanggang pada 11,12 dan 13 September 2012 nanti ingin kami berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya, selagu seirama  buah gurindamnya serta arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya.

Pertama jangan alpa membaca Bismillah, kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan ibu ayah yang dikasihi. Mohon keampunan dan restu. Insya’allah doanya mustajab serasi dengan izin dan kehendak Allah. Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah, kejayaan menjadi milik dengan gah.


Anak-anak yang budiman,

Jangan sesekali bergopoh-gapah, resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan. Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta–tuli. Biar nampak mudah namun sabar, jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insya’allah dengan “ketenangan dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai.

Anak-anak yang bijaksana,

Sesudah selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang bijaksana itu, “Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam dan apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini”.

Anak-anak pewaris bangsa,

Jangan sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan. Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah hebat sedang menunggu kamu. Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di sekolah-sekolah hebat ini agar gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada masa depan. Jangan lepas peluang ini.

Rebut, rebut, rebut dan rebut.

Anak-anak yang bersemangat waja,

Katakan kepada dirimu sendiri..
Jika ada 1,000 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Akulah salah seorang daripadanya….

Jika ada 100 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
Akulah  salah seorang daripadanya…

Jika ada 10 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri…
Akulah salah seorang daripadanya…

Jika ada 1 sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
AKUlah itu….

Anak-anak kami yang kami kasih kami doakan…

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Berikah anak-anak kami yang bakal menduduki UPSR
Kekuatan minda, jiwa, rohani dan spiritual,
Campak ke dalam hati mereka  ketenangan dan keberanian..

Ya Allah Ya Rahim
Dengan sifat penyayang dan pengasihMU
Berikan kesihatan yang mantap serta terhindar dari
Segala penyakit dan musibah sepanjang
Menduduki ujian UPSR ini…
Lapang dan permudahkanlah urusan mereka
menghadapi ujian ini agar nanti bakal
menjadi anak-anak pintar soleh mengenang budi
serta pendokong ummah dan agamaMu
dipersada dunia dengan  cemerlang dan terbilang.

Ya Allah…
Hanya kepadaMu kami memohon
Keampunan dan pertolongan
Amin….

Salam Perjuangan

USR Blogger Team
JPN Terengganu
09.09.2012
http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Wednesday 8 August 2012

mySPATA Pengisian Data Aset


Pegawai Aset :
 Cikgu Esham bin Busu

TAKZIAH ... YB Dato' Rosol Wahid dan Seluruh Keluarga atas musibah yang dialami...


RUMAH ADUN AJIL MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI HULU TERENGGANU


HULU TERENGGANU: Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.


"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.


"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08



Tuesday 7 August 2012

Tahniah ... Pingat Perak Perseorangan Lelaki Badminton Temasya Sukan Olimpik 2012


Salam Nuzul Qur'an

Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Menerong
mengucapkan


Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia


Sempena Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah Bersamaan 2012 Masihi

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Ramadan  dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita ungkapkan kepada Allah SWT, bersama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sekali lagi kita diizinkan untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran. Sesungguhnya al-Quran yang mulia ini diturunkan pada bulan Ramadhan kepada hambaNya untuk dijadikan petunjuk dan pedoman hidup.

Kita sangat bersyukur kerana telah terpilih menjadi umat yang menerima kitab suci al-Quran ini. Kitab suci ini merupakan kitab yang terkahir dari susunan kitab-kitab dan suhuf suci yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada para rasul-Nya. Sesungguhnya, al-Quran merupakan satu manual panduan yang paling lengkap dan bermukjizat bagi manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Allah SWT sendiri memperingatkan kita melalui firman-Nya di dalam surah al-Israa’ ayat ke-9 yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

Berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan telah meletakkan al-Quran sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam. Al-Quran diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan J-QAF secara komprehensif.

Hakikatnya, Program Transformasi Negara berteraskan pendekatan ‘islah’. Pendekatan ‘islah’ ini telah berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi dan kini, kita mengorak langkah ‘islah’ kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya Allah.

Akhir perutusan ini, saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan yang agung ini, Allah SWT akan menyatukan hati kita semua, bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia yang tercinta ini.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Artikel 2 : Definisi Nuzul Al-Quran


by Mushlihin
http://al-quran.mushlihin.com

Nuzul dalam kamus lisan al-Arab berarti (al-hulul) berdiam atau tinggal. Penggunaan Nuzul itu sendiri mengandung dua pengertian. Pertama, berarti tinggal disuatu tempat dan berdiam atau beristirahat ditempat itu. Kedua, berarti turunnya sesuatu dari tempat yang tinggi menuju ke tempat yang rendah.

Sedangkan makna al-Qur’an secara bahasa banyak diperselisihkan oleh para ulama, ada yang mengatakan Musytaq dan ada yang mengatakan Jamid.

Rangkaian dua kata tersebut yang terdiri dari susunan idhofah memberikan pemahaman bahwa yang dimaksudkannya adalah turunnya al-Qur’an sendiri. Akan tetapi kata sebahagian ulama khalaf: kebanyakan orang telah menafsirkan Nuzul pada beberapa tempat dalam al-Qur’an bukan dengan maknanya yang terkenal, lantaran kesamaran yang terjadi bagi mereka ditempat-tempat itu, lalu menjadilah tafsiran mereka hujjah bagi orang yang menafsirkan Nuzul al-Qur’an itu dengan tafsir mutakallimin.

Diantara mereka ada yang mengatakan, bahwa yang dikehendaki dengan menurunkan al-Qur’an ialah melahirkan dari tempat yang tertinggi, kemudian malaikat Jibril menurunkannya dari tempat tersebut, dan diantara mereka ada yang berkata, yang dikehendaki dengan menurunkan al-Qur’an ialah memberitahu kepada malaikat, sehingga mereka paham, kemudian mereka membawa turun apa yang telah mereka pahamkan itu.

Hakikat keadaan turun yang terdapat dalam kitab Allah ada tiga macam: Pertama, turun yang ditegaskan bahwa dia itu diturunkan dari Allah. Kedua, turun yang ditegaskan bahwa dia itu diturunkan dari langit. Ketiga, turun yang tidak dikaitkan dengan turunnya dari Allah dan tidak pula dikaitkan dengan turunnya dari langit. Ketiga pernyataan tersebut semuanya bisa kita temui dalam al-Qur’an.

Pertama, firman Allah dalam surah Al-An’am, ayat 114:

“Bahwa al-Qur’an itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya, maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu”.

Kedua, firman Allah dalam surah Al-Hijr, ayat 22:

“Dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya”.

Ketiga, firman Allah dalam surah Al-Fath, ayat 4:

“Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan kedalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka (yang telah ada).

Artikel 1 : PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN)


http://halaqah.net
Oleh: Abuyusoef Hashim Othman al-Maranji

PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati Dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada Kita secara mutawatir, pasti Dan qat’i Dan ditulis mashaf yang Hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi Kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran Dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya Dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.
Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekali gus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekali gus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.

Pendapat kedua tentang penurunan sekali gus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”

Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekali gus ke Bait al-‘Izzah.

Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.

Tuesday 31 July 2012

Salam Takziah...

Al Fatihah

buat
Allahyarhamah Cikgu Khatijah binti Wahab,
Guru Besar SK Nibong

Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah
pada jam 3.45 pagi, 28 Julai 2012
di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Salam Takziah kepada
Cikgu Mohd Hisyam bin Alias [Penyelia Pusat Kokurikulum, JPNTr] serta seluruh keluarga atas pemergian Bondanya yang tercinta.

Amin.

Thursday 26 July 2012

Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2012


Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Pejawat Awam, Bayaran Khas RM500 Untuk Pesara Kerajaan



25 Julai, 2012 18:07 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

Monday 23 July 2012

Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 1433 Hijrah

19 Julai 2012 [Khamis]: Program Ihya Ramadhan Tahun 1433 Hijrah telah berjaya dilancarkan oleh Yang Berbahagia Encik Sulaiman bin Muda, Guru Besar SK Menerong bertempat di Dewan al-Farabi SK Menerong. Beliau berharap semua murid SK Menerong dapat menjalani ibadat puasa sebagaimana yang telah disyariatkan disamping melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain.

Majlis ini diserikan juga dengan ceramah berkaitan Puasa di bulan Ramadhan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Abdul Hakim bin Ismail, Guru jQaf SK Tengkawang.


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...


Thursday 19 July 2012

Syabas ... Selamat Bertugas ...

Seluruh Warga SK Menerong
mengucapkan
Syabas dan Tahniah
serta Selamat Bertugas
kepada

 
atas pelantikan beliau sebagai
Ketua Unit
Pusat Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
bermula 01 Julai 2012

Tahniah kepada Kontinjen SUKMA 2012 Negeri Terengganu

Terutama Kepada
Adik Nur Najah Farhani binti Abdul Rasyid
Bekas Murid SK Menerong
yang menyertai Pasukan Hoki Wanita

Wednesday 18 July 2012

Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2012


17 Julai 2012 (Selasa) : Satu majlis pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang telah diadakan di dewan al-Farabi SK Menerong. Kempen ini telah dilancarkan oleh Puan Roziana binti Sulong, GPK Pentadbiran SK Menerong.
Beberapa program telah dirancang bagi menyemarakkan kempen tersebut. Antaranya pertandingan mewarna (prasekolah dan tahap 1), melukis poster (tahun 4 dan 5), pertandingan kelas patriotik, sayembara puisi patriotik dan sebagainya.
Kempen ini akan berakhir pada 16 September 2012, bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 55 (31 Ogos 2012) dan juga Sambutan Hari Malaysia 2012 (16 September 2012).

Friday 6 July 2012

Karnival Buku Terengganu 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Persatuan Kedai Buku Melayu Terengganu (PERKEB) akan mengaanjurkan Karnival Buku Terengganu 2012 sebagaimana butiran berikut:

Tarikh    :
5 hingga 11 JUN 2012
Masa    :
10.00  pagi hingga 10.00 malam
Tempat    :
Galeri A,
Pusat Dagangan Terengganu (TTC),
Kuala Terengganu

LAWATAN MURID KE PAMERAN "SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL" (SEM) TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Persatuan Pendidikan Bestari Terengganu (T’Confra) akan mengadakan Pameran SEM Tahun 2012 sebagaimana makluman berikut:

Tarikh    :
4 hingga 5 JULAI 2012 (RABU-KHAMIS)

Masa    :
9.00  pagi hingga 5.00 petang (RABU)
      9.00  pagi hingga 1.00 petang (KHAMIS) 

Tempat    :
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu

Sumber : Surat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu - P.T. 11025-04(22) bertarikh 1 JULAI  2012

Friday 29 June 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

1. Tarikh dan masa

 1.1 Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
 1.2 Masa bermula senamrobik : 8.00 pagi

2. Tempoh Masa Senamrobik

 2.1 Masa senamrobik adalah selama 35 minit.
 2.2 Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak seperti yang disediakan dalam cakera padat.
 2.3 Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut kemampuan masing-masing.
 2.4 Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing.

3. Penyertaan

 3.1 Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:
 3.1.1 murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta);
 3.1.2 guru, anggota khidmat sokongan;
 3.1.3 ikon sukan; dan
 3.1.4 VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.

 3.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

4. Pelaksanaan

 4.1 Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia hendaklah bermula tepat pada jam 8.00 pagi. Atur cara yang dicadangkan di bawah adalah sebagai panduan sahaja. Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis mengikut perancangan sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

 4.2 Cadangan Atur Cara
  6.30-7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri
  7.15 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan : Ketibaan Tetamu Kehormat
  7.30 Pagi : Perhimpunan rasmi sekolah : Bacaan Doa : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri : Gimik Pelancaran (jika Ada)
  8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula
  10.00 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

5. Tempat Senamrobik (keselamatan hendaklah diutamakan)

 5.1 Padang sekolah / IPGM / Matrikulasi;
 5.2 Kawasan lapang; atau
 5.3 Tempat senamrobik yang sesuai dan selamat.

6. Pendaftaran

 6.1 Pra Pendaftaran
 6.1.1 Semua sekolah / IPGM / Matrikulasi mesti membuat pra pendaftaran dengan menjangka jumlah kehadiran murid/pelajar ke sekolah / IPGM / Matrikulasi pada 10 Julai 2012 (Selasa).
 6.1.2 Sekolah hendaklah mendaftarkan jumlah pra pendaftaran murid / pelajar dengan menggunakan borang seperti (lampiran A) dan hantar melalui emel seperti senarai e-mel (lampiran B) mulai 15 Jun 2012 sehingga 29 Jun 2012.

7. Nombor dan Pakaian Peserta

 7.1 Murid / pelajar tidak perlu menggunakan nombor peserta.
 7.2 Murid/pelajar hendaklah memakai pakaian sukan sekolah masing-masing atau pakaian sukan yang sesuai untuk aktiviti senamrobik.

8. Pengesahan Jumlah dan Penyerahan Penyertaan

 8.1 Pengarah IPGM / Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan hendaklah mengesahkan jumlah sebenar penyertaan murid / pelajar dengan menurunkan cop rasmi dan tandatangan pada borang perakuan penyertaan murid / pelajar (Lampiran C) pada hari senamrobik (10 Julai 2012).
 8.2 Catatkan jumlah sebenar murid / pelajar yang mengambil bahagian pada borang perakuan penyertaan (Lampiran C) dan sertakan salinan kehadiran murid / pelajar yang telah disahkan oleh Pengarah IPGM / Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan.
 8.3 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah menghantar borang perakuan penyertaan (Lampiran C) yang telah disahkan dengan cara mengimbas (scan) semua borang kehadiran murid/pelajar dan di e-mel kepada Bahagian Sukan, KPM mulai 10 Julai 2012 iaitu selepas senamrobik dan hendaklah sampai ke Bahagian Sukan sebelum 17 Julai 2012. Senarai e-mel adalah seperti Lampiran B.
 8.4 Sebarang pertanyaan dipohon menghubungi Pn. Yasmin Othman, seperti talian berikut : Pejabat : 03 8884 1357; Talian bimbit : 012 474 9464; E-mel : yasmin.othman@moe.gov.my

9. Penyerahan Gambar

 9.1 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mengambil gambar pegun (still photos) sebagai bukti pelaksanaan acara.
 9.2 Gambar pegun hendaklah diatur mengikut kronologi acara: • pendaftaran; • permulaan senamrobik • ketika senamrobik berlangsung; • aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai.
 9.3 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah e-mel gambar pegun (maksima 5 keping sahaja) kepada Bahagian Sukan pada atau sebelum 17 Julai 2012 mengikut negeri masing-masing. Senarai e-mel adalah seperti (Lampiran B).

10. Sijil Penyertaan dan Penghargaan (2markah )

 10.1 Semua murid/pelajar akan diberi sijil penyertaan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia .
 10.2 Sekolah / IPGM / Matrikulasi boleh muat turun sijil melalui portal Bahagian Sukan, KPM www.moe.gov.my/bsukan mulai 10 Julai 2012.
 10.2 Setiap murid/pelajar yang menyertai aktiviti Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia layak diberi 2 markah (penyertaan).

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com