SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 26 January 2010

Perjumpaan Kokurikulum ... Sistem Rumah

JAWATANKUASA PELAKSANA SISTEM RUMAH SK MENERONG 2010

Pengerusi : Puan Hajjah Hasmah binti Haji Hamzah [Guru Besar]
Timbalan Pengerusi : Puan Siti Zainun binti Ismail [GPK Hal Ehwal Murid]
Naib Pengerusi I : Puan Roziana binti Sulong [GPK Pentadbiran]
Naib Pengerusi II : Encik Esham bin Busu [GPK Kokurikulum]
Setiausaha : Puan Laileesun binti Ishak
Penolong Setiausaha : Encik Zaharuddin bin Abdul Razak
Ahli Jawatankuasa :
1. Ketua Guru Rumah Biru / Wakil
2. Ketua Guru Rumah Kuning / Wakil
3. Ketua Guru Rumah Merah / Wakil
4. Setiausaha Penilaian & Peperiksaan
5. Setiausaha Kokurikulum
6. Setiausaha Sukan & Permainan
7. Setiausaha JK Disiplin
8. Setiausaha JK Bimbingan & Kaunseling

JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA SISTEM RUMAH 2010

RUMAH BIRU
Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Haji Hamzah [Guru Besar]
Pengerusi : Puan Nik Muniza binti Setapa
Naib Pengerusi : Puan Laileesun binti Ishak
Ahli Jawatankuasa :
1. Encik Mohd Adnan bin Seman
2. Puan Siti Zainun binti Ismail

RUMAH KUNING
Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Haji Hamzah [Guru Besar]
Pengerusi : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
Naib Pengerusi : Puan Nor Aishah binti Junus @ Abdul Razak
Ahli Jawatankuasa :
1. Cik Azlina binti Alias
2. Encik Esham bin Busu

RUMAH MERAH
Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Haji Hamzah [Guru Besar]
Pengerusi : Puan Meriam binti Chik
Naib Pengerusi : Encik Zaharuddin bin Abdul Razak
Ahli Jawatankuasa :
1. Puan Rasidah binti Sarkom @ Othman
2. Puan Roziana binti Sulong

SK Menerong dicadangkan sebagai Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu

Encik Othman bin Long, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran daerah Hulu Terengganu telah melakukan satu lawatan ke SK Menerong. Lawatan tersebut adalah sebagai mengenalpasti kekuatan SK Menerong untuk dicadangkan sebagai Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu. Sebelum ini SK Padang Setar telah dicadangkan sebagai Pusat Kokurikulum (Pusatko) PPD Hulu Terengganu, namun atas beberapa sebab PPDHT telah mengenalpasti beberapa buah sekolah lagi di daerah Hulu Terengganu untuk menggantikan SK Padang Setar sebagai Pusatko.

Cadangan tersebut telah mendapat restu Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu serta telah dipersetujui oleh Guru Besar SK Menerong. Beberapa faktor telah diambilkira untuk menjadikan SK Menerong sebagai Pusatko PPDHT antaranya kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di tapak cadangan termasuk bangunan serta tapak perkhemahan, jarak ke masjid (300 meter) dan sungai (300 meter). Faktor keselamatan juga merupakan asas utama dalam mencadangkan sesebuah Pusatko.

Jarak SK Menerong ke PPDHT adalah lebih kurang 20 kilometer, manakala jarak ke Pusatko Induk (JPNT) lebih kurang 18 kilometer. Keputusan samada SK Menerong akan menjadi Pusatko PPDHT akan ditentukan setelah perbincangan antara Encik Othman Long dengan JPNT/Pusat Kokurikulum JPNT.

Selamat Berjuang...

TOV 2010...



Ujian Pengesanan "Take of Value" (TOV) 2010 bermula hari ini melibatkan murid-murid tahun 2 hingga 6. Kelas tahun 1 pula berjalan seperti biasa. Ujian TOV 2010 ini akan berjalan sehingga 28 Januari 2010 (Khamis). Soalan-soalan ujian ini telah dijana oleh guru-guru AKRAM JPNT negeri Terengganu. Pihak sekolah hanya perlu menjalankan ujian sebagaimana yang telah dijadualkan oleh JPNT.

Tujuan ujian ini diadakan adalah sebagai penentu "penanda aras" untuk murid-murid serta guru dalam menentukan pencapaian sepanjang tahun seterusnya matlamat di akhir tahun.

"Selamat Maju Jaya"

Sumber:
Cg. Zaharuddin Abdul Razak
Setiausaha Peperiksaan & Penilaian
SK Menerong

Friday 22 January 2010

TAHNIAH....


Ustazah Siti Zainun Ismail telah dilantik ke jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Menerong bagi menggantikan Cikgu Norra Mohd Basir yang telah bertukar ke SK Telaga sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Thursday 21 January 2010

Kenangan... Selamat Maju Jaya Cg Norra


Majlis Ringkas Perpisahan Cg Norra


Monday 18 January 2010

Dinaikkan Pangkat

Puan Norra Mohd Basir, Guru Penolong Kanan HEM SK Menerong (DGA29 - lantikan sekolah) telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum (DGA32 - Hakiki) di SK Telaga berkuatkuasa pada 18 Januari 2010. Warga SK Menerong mengucapkan TAHNIAH dan jutaan TERIMA KASIH di atas segala sumbangan beliau semasa berkhidmat di sekolah ini.

Monday 11 January 2010

PEPERIKSAAN PTK SESI JUN 2010

Makluman Peperiksaan PTK Sesi Jun 2010:
Peperiksaan PTK Sesi Jun 2010 bagi Anggota Khidmat Sokongan (AKS) gred 17 dan 22 serta Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DGA29, DGA32, DG41 dan DG44 akan diadakan pada tarikh 8, 9 dan 10 Jun 2010.

Maklumat lanjut bagi Peperiksaan PTK Sesi Jun 2010 adalah seperti berikut:

Tempoh Pendaftaran : 18 Februari hingga 15 Mac 2010

Tarikh Peperiksaan PTK:
8, 9 dan 10 Jun 2010
(jadual lengkap tarikh peperiksaan mengikut gred jawatan akan dimaklumkan kemudian).
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Guru Data di talian 013-9333370.

Friday 1 January 2010

Satu Harapan...

Daripada
Guru Besar dan seluruh warga SK Menerong
berdoa agar terus diberikan KEKUATAN serta PELUANG
untuk meneruskan KEJAYAAN serta KECEMERLANGAN...
"Mencipta Kejayaan adalah sesuatu yang BUKAN susah
namun untuk mengekalkan kecemerlangan adalah sesuatu yang sukar
tetapi BUKAN sesuatu yang tidak rasional..."

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com