SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Thursday 8 March 2012

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME LITERASI ICT TAHUN 5 KEPADA GURU-GURU BAHASA INGGERIS NEGERI TERENGGANU TAHUN 2012

Rujukan Kami : P.T 20004-01/1(06)
Bertarikh : 29 Februari 2012


Pengetua SMK Chalok, Setiu
Semua Guru Besar
Sekolah Kebangsaan di NegeriTerengganu

Melalui dan salinan;
Pegawai Pelajaran Daerah berkenaan

Tuan,

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa labatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan kursus ICTL berkenaan bagi guru-guru Bahasa Inggeris yang teribat dalam pengajaran dan pembelajaran program ICTL Tahun 5. Tujuan latihan ini adalah !ntuk meningkatkan kemahiran serta kewibawaan guru-guru ICTL .bagi melahirkan generasi pelajar yang berpengetahuan dalam bidang ICT.

3. Sehubungan itu, tuan diminta rnenghantar seorang guru yang mengajar Bahasa lnggeris Tahun 5 hadir ke kursus yang telah ditetapkan sebagaimana Jadual lampiran 1 dengan mengembalikan borang pengesahan kehadiran kursus pada atau sebelum 14 Mac 2012.

4. Bagi kelancaran pelaksanaan kursus, setiap peserta diminta membawa bersama-sama SATU (1) unit komputer riba dan digalakkan membawa Broadband.

5. semasa kursus, kemudahan makan dan minum disediakan, manakala tuntutan perjalanan ditanggung oleh pihak jabatan mengikut pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Sila bawa salinan Buku Bank dan Kad Pengenalan untuk tujuan tuntutan.

6. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Encik Ramlee bin Mat Rani, Unit ICT dan Pengkomputeran, Sektor Pengurusan Akademik di talian 09-6213046 atau 013-9219400.

7. Kerjasama dan komitmen tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"Melestarikan Pendidikan Terbilang"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


(HAJI MOHD ZUBER BIN EMBONG)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com