SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 26 February 2014

Program Marilah Membaca Bersama KUNTUM


Tuesday 25 February 2014

Epolet Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan


Kejohanan Balapan Dan Padang 2014

SK Menerong telah menghantar wakil untuk menyertai Kejohanan Balapan Dan Padang yang bertempat di SMK Jenagor. Kejohanan ini bermula pada 20 hingga 23 Februari 2014. Kejohanan ini juga disertai oleh seluruh sekolah daerah Hulu Terengganu.





KPPK (NUTP) : TINDAKAN KPPK ATAS ISU SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah diperkenalkan sejak tahun 2011. Pada mulanya guru-guru sangat gembira dan menyokong Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.  Objektif utama Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah untuk beralih daripada sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran holistik. Guru mula mengalami bebanan dan tekanan oleh Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah kerana masalah E-sistem dan tugas pengkeranian di kalangan guru.  Guru menghadapi kesusahan, tekanan dan ketidakpuasan hati. KPPK telah mengumpulkan maklumat mengenai rintihan guru-guru dan menyerahkan memorandum mengenai Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan dengan masalah serius yang dihadapi oleh guru-guru dalam memasukkan data ke dalam E-Sistem.

25 pemimpin KPPK telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melebihi 20 kali sejak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan sehingga kini.  KPPK telah membuat kenyataan akhbar yang berkaitan dengan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.    Dalam kenyataan akhbar pada 8 November 2013 KPPK telah menyatakan bahawa KPPK menolak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Hasil daripada desakan tersebut, KPPK telah dimaklumkan secara rasmi bahawa Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditangguhkan sehingga 1 April 2014. KPPK masih menunggu dan jika Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah gagal dinaik taraf, KPPK akan mendesak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dimansuhkan.Sekian, harap maklum.

Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date: 25/02/2014

Pemberitahuan KPM : ANUGERAH IKON GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

24 February 2014

Salam 1 Malaysia,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014. Anugerah ini merupakan kali kedua diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan (guru/pensyarah/pegawai) atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada pegawai/pensyarah/guru yang berminat untuk menyertai Pencalonan Anugerah Ikon Guru tersebut. Syarat-syarat serta borang penyertaan adalah seperti Lampiran yang disertakan di bawah. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nor Hapipah bt. Hj. Md. Shah di talian 03-88721650 / 010-2255676.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
 
 

Sumber : 
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4079

KPM : KENYATAAN MEDIA ISU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

23 February 2014


UTUSAN Online : PBS: NUTP Minta Golongan Pendidik Bersabar

ARKIB : 23/02/2014

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta golongan pendidik supaya bersabar serta memberi masa kepada Kementerian Pendidikan untuk menjalankan penambahbaikan dalam sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, pihaknya memahami bebanan yang dihadapi guru serta menggesa mereka bersabar dengan menunggu penambahbaikan yang akan dijalankan oleh kementerian.

"Sistem PBS bukan tidak baik 100 peratus kerana dasar sistem itu sudah bagus tetapi pelaksanaannya sahaja yang perlu diperbaiki.

"Apa yang tidak bagus adalah guru perlu menguruskan pelbagai dokumen dan memasukkan data yang banyak sehingga membebankan tugas mereka untuk mengajar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Februari lalu memaklumkan Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh ekoran terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sistem tersebut.

Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, antara masalah itu adalah berhubung sambungan sistem capaian dan penggunaan alat merekodkan prestasi pencapaian yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Yim Pheng berkata, dalam mesyuarat exco NUTP baru-baru ini, pihaknya sebulat suara menolak sistem PBS, tetapi akan memberikan peluang kepada kementerian untuk menjalankan penambahbaikan terhadap sistem itu.

"Kita akan memberi peluang dan lebih masa kepada kementerian untuk memperbaiki sistem tersebut. Jika sistem tersebut masih sama, maka selepas ini kita akan menolak terus sistem tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan memandang serius mengenai masalah skim gaji guru kanan berkelulusan ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) yang masih ketinggalan dengan guru baharu.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140223/dn_06/PBS-NUTP-minta-golongan-pendidik-bersabar#ixzz2uIDgiGIu 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KOSMO Online : Kemuka masalah berkaitan PBS melalui saluran yang betul - NUTP

22/02/2014 2:20pm

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa semua guru khususnya yang terlibat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) supaya menggunakan saluran yang disediakan oleh kerajaan untuk menyuarakan masalah dihadapi mereka dalam melaksanakan sistem tersebut.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, NUTP sejak setahun lalu sentiasa komited menyalurkan segala isu membabitkan pelaksanaan PBS terutama kesulitan yang dialami guru terlibat kepada Kementerian Pendidikan.
"Kita dapati ada sekumpulan guru yang berhimpun di beberapa lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan isu (PBS) ini.
"Bagi NUTP, mereka tidak perlu buat begitu kerana kita sudah pun mempunyai forum dan platform untuk berunding dengan kerajaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat NUTP di Jalan Ipoh di sini semalam.
Jelas beliau, selain menyalurkan permasalahan kepada pengurusan sekolah, guru terlibat boleh menghubungi ahli jawatankuasa NUTP di peringkat daerah mahu pun negeri selain bilik gerakan yang ditubuhkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini. - KOSMO!


Artikel Penuh: 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

BERNAMA : Permudah PBS Agar Fokus Guru Tidak Terganggu - NUTP

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipermudah agar fokus guru dalam mendidik pelajar tidak terganggu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata sistem PBS merugikan pelajar kerana guru boleh hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana perlu memeriksa kertas ujian serta mengisi data berkenaan setiap hari.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan NUTP menyambut baik penangguhan pelaksanaan PBS seperti yang diumum Kementerian Pendidikan semalam.

"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kementerian Pendidikan berkata penangguhan itu adalah bagi meneliti semula pelaksanaan PBS dalam usaha mengurangkan beban tugas guru selain memfokus kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan memasukkan data, termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid.

-- BERNAMA

Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1017130

BERNAMA : Sistem PBS Tidak Akan Dimansuh - Idris

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Pendidikan tidak akan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kementerian akan mengumumkan bentuk dan pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini.

"Kementerian tidak akan memansuhkan sistem ini, namun akan memperbaharui semula sistem PBS dan melihat cara berkesan untuk penambahbaikan," katanya ketika diminta mengulas mengenai keluhan pelbagai pihak mengenai sistem itu.

Terdahulu beliau menghadiri pameran kejayaan penyelidikan universiti-universiti Siri 1: Penerbitan di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Bangunan IPPP, Universiti Malaya, di sini, Isnin.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Mengenai acara hari ini, Idris berkata lima universiti penyelidikan di negara ini telah mencapai kejayaan memberangsangkan dari segi aktiviti dan output penyelidikan,

Beliau berkata dari 2008 sehingga 2012, Malaysia berjaya mengatasi negara jiran, termasuk Thailand dan Singapura dari segi penerbitan dan kertas ilmiah.

"Kita yakin melalui produk bermutu dihasilkan (melalui penyelidikan), ia mampu menjadi produk komersial," katanya.

Lima universiti berstatus universiti penyelidikan adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Idris berkata pameran yang diadakan bertujuan membuktikan pencapaian diraih lima universiti penyelidikan ini dalam menghasilkan ciptaan dan inovasi membanggakan.

Acara ini akan dianjur secara bergilir oleh setiap universiti penyelidikan dengan penekanan berbeza untuk setiap acara, dan acara pertama ini memberi penekanan kepada penerbitan dan kertas ilmiah.

-- BERNAMA

Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1017112

BERNAMA : Tiada Arahan Dikeluarkan Tukar Guru Yang Menentang PBS, Kata Muhyiddin

KAJANG, 24 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya telah buat keputusan berhubung pendirian KPM untuk tangani masalah PBS iaitu menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan," katanya dalam sidang media di Surau Al-Falah Kampung Bukit Dukung, di sini Isnin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada keputusan menukarkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa SGMM akan ditarik balik selepas kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan PBS.

Muhyiddin berkata perkara itu mungkin berlaku melibatkan peringkat pentadbiran daerah dan beliau tidak mengetahui sama ada tindakan itu dibuat atas fakta-fakta lain atau hanya atas sebab guru berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai PBS.

"Kita tak nak menganiayai sesiapa, kita bersikap adil dan tidak mahu dilihat zalim.

"Guru bukan tidak boleh bersuara... boleh, tapi dengan cara mengikut prosedur bersesuaian berdasarkan pekeliling," katanya.

Beliau berkata selepas pelaksanaan PBS ditangguhkan, perkara penting yang perlu dilakukan ialah kementerian akan melakukan yang terbaik bagi mencari satu kaedah yang mampu memberi keadaan lebih baik kepada semua pihak jika dilaksanakan kelak.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.



-- BERNAMA

Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1016993

BERNAMA : Guru Tidak Perlu Teruskan Pelaksanaan PBS Sehingga Diberitahu

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.

Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.

KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.

-- BERNAMA
Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1016850

TEGANUKITA : Kontrak Perkhidmatan 255 orang EIO, TSO Disambung

Posted by ashman at 5:32 PTG

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra 

Kerajaan negeri meneruskan penyambungan kontrak perkhidmatan kepada 255 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) bagi mengurus dan mengawal penggunaan e-book di sekolah seluruh Terengganu.

YB Ghazali Taib menyampaikan borang penyambungan kontrak perkhidmatan kepada EIO dan TSO dari seluruh Terengganu.

Seramai 211 orang EIO berkenaan adalah dari Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu, turut ditempatkan di pejabat pendidikan daerah dan jabatan kerajaan, sementara 44 orang TSO pula ditugaskan di pusat bestari daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib, berkata kerajaan bersetuju menyambung kontrak sebahagian besar EIO dan TSO itu selepas mereka menunjukkan prestasi dan komitmen yang baik terhadap tugas sepanjang 2013.




“Ada segelintir di kalangan mereka bermasalah dan tidak berdisiplin.Bagaimanapun dari semasa ke semasa kita akan terus memberikan peringatan supaya mereka memberi tumpuan dan komitmen pada tugas berkenaan.

Sumber : http://teganukita.blogspot.com/

Wednesday 12 February 2014

SINAR HARIAN : E-book ditambah baik, sasar UPSR meningkat

11 Februari 2014
HULU TERENGGANU - Kandungan dalam buku elektronik (e-book) yang diagih oleh kerajaan Terengganu kepada murid tahun lima di negeri itu ditambah baik dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas Negeri, Yang Berhormat Encik Ghazali Taib berkata, antara penambahbaikan yang dibuat ialah memuatkan lebih 1,000 soalan untuk setiap subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Kalau murid menumpukan latihan berterusan terhadap lima subjek UPSR dalam e-book itu, pelajar kita mampu memperoleh (markah) 80 peratus dalam peperiksaan itu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Selain itu, Ghazali berkata kerajaan negeri juga sudah meminta syarikat Top IT yang mengeluarkan e-book berkenaan agar turut memuatkan subjek 'Trenglish' bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid.

"Walaupun subjek ini untuk pelajar tingkatan dua hingga empat, kita mahu murid kita didedahkan kepada bahasa Inggeris lebih awal," katanya.

Terdahulu Ghazali mengagihkan e-book kepada 516 murid dari 16 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ajil. - Bernama

Sumber Foto : Teganukite.blogspot.com

BERNAMA : Pelaksanaan Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dikaji Semula - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dikaji semula selepas selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem aberkenaan.

"Buat masa ini, sistem aplikasi PBS itu ditangguh sehingga April depan, namun, guru masih perlu menjalankan kerja-kerja merekodkan butiran dan pelbagai perkara yang berkaitan PBS secara manual tanpa menggunakan komputer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Presint 8(1) di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya, Roaini Jaafar.

Dalam pertemuan sejam itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata mereka membincangkan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi guru berhubung sistem aplikasi komputer PBS berkenaan.

Muhyiddin berkata kementerian akan menjadikan Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya sebagai satu kajian kes mengenai permasalahan sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS.

Beliau juga berkata kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai di sekolah-sekolah di seluruh negara sekarang akan turut dikaji semula berikutan pelbagai masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pengkomputeran aplikasi berkenaan, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian akan membuat keputusan mengenai dua perkara berkenaan iaitu sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS, sama ada untuk meneruskannya atau tidak pada satu mesyuarat yang akan diadakan kementerian daam masa terdekat.

PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik. Bagaimanapun, sejak tahun lepas, golongan guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

-- BERNAMA

Tuesday 11 February 2014

Kokurikulum : Cadangan Jadual Latihan Sukan Kecemerlangan 2014

Perhatian kepada SEMUA guru:

Motivasikan Dirimu....



Dipetik daripada
http://2.bp.blogspot.com/

Tahniah ... Cikgu Laileesun Ishak ... Selamat Bertugas

Syabas kepada Cikgu Laileesun Ishak yang telah dilantik dan memulakan tugas sebagai "School Improvement Specialist Coaches Plus" di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu bermula 09 Februari 2014.

Jasa serta Komitmen Cikgu Laileesun amat kami hargai sepanjang beliau bersama-sama kami dalam mendidik anak bangsa di SK Menerong sebagai Guru Cemerlang Bahasa Inggeris selamat 7 tahun.

Admin

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com