SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 23 February 2011

Kejohanan Bolasepak KDSR 3 Hulu Terengganu 2011

Alhamdulillah...

Tahniah kepada Pengurus, Jurulatih & Penyokong Pasukan SK Menerong FC yang telah menunjukkan prestasi yang agak cemerlang di Kejohanan Bolasepak KDSR 3 Hulu Terengganu 2011... Anda semua telah membuktikan SEKOLAH KURANG MURID mampu menewaskan sekolah-sekolah besar...

Keputusan:

Menang kepada SKFT "B" [5-0]
Seri kepada SK Kua [0-0]
Menang kepada SK Landas [2-0]
Menang kepada SK FJB [1-0]

Seterusnya berjaya berstatus sebagai Naib Johan Kumpulan A serta mara ke peringkat Separuh Akhir untuk bertemu Pasukan SKFT "A" selaku Johan Kumpulan B pada 23 Februari 2011 [Rabu] di Padang Belia FELDA Tersat...

Terima kasih semuanya....

GPK Kokurikulum
SK Menerong

Monday 21 February 2011

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI / HAKIM KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU KALI KE-46 TAHUN 2011

Ruj. Kami : PPD/HT/07/03/003/Jld.3 (10)
Tarikh : 20 Februari 2011

Azlina bt. Alias – SK Menerong

Melalui dan Salinan;

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Berkenaan

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI / HAKIM KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU KALI KE-46 TAHUN 2011

Adalah dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu kali ke-46 akan diadakan pada 28 Feb hingga 3 Mac 2011 di Padang SMK Jenagor, Hulu Terengganu.

2. Sehubungan itu, tuan diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Pegawai / Hakim kejohanan tersebut. Tuan dikehendaki bertugas sepanjang kejohanan berlangsung sebagaimana yang telah ditetapkan.

3. Bagi melicinkan perjalanan kejohanan, tuan dikehendaki hadir ke Mesyuarat Penyelarasan yang akan diadakan sepertimana berikut:-

Tarikh : 23 Februari 2011 ( Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SMK Jenagor, Hulu Terengganu.

Kerjasama tuan amat dihargai dan disanjungi.

Sekian, terima kasih.

‘Melestarikan Pendidikan Terbilang’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah


(HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABU BAKAR)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
(Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan)
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

s.k.
1. Pengetua SMK Jenagor - Mohon sediakan tempat mesyuarat
2. Pengetua SMK Landas - Tuan dimintan mempengerusikan mesyuarat
3. Pegawai Khas Pembangunan Sukan PPDHT - Tuan dijemput hadir
4. Penyelia Sukan PPDHT - Tuan dijemput hadir
5. Setiausaha/ Pen. Setiausaha MSSDHT (SMK Kuala Jenderis) - Tuan dijemput hadir
6. Pengerusi Teknik Olahraga MSSDHT (SMK Seri Berang) - Tuan diminta menyampaikan taklimat

PEMANTAUAN PENGURUSAN PANITIA SERTA PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KAJIAN KEMASYARAKATAN 2011

Ruj. Kami : P.T. 11020-08(14 )
Tarikh : 13 Februari 2011

Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Tuan

PEMANTAUAN PENGURUSAN PANITIA SERTA PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KAJIAN KEMASYARAKATAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sebagai usaha melonjakkan pencapaian akademik negeri Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Kurikulum Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan akan melaksanakan tugas memantau serta membimbing pengurusan panitia terutamanya panitia mata pelajaran Kajian Kemasyarakatan sekolah-sekolah rendah dan menengah negeri Terengganu.

3. Antara aspek yang dipantau serta diberi bimbingan ialah:
3.1 Fail pengurusan panitia
3.2 Volume kerja
3.3 Defisit pembelajaran
3.4 Maklumbalas mesyuarat
3.5 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (hasil kerja murid)

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila hubungi En. Ramli bin Pik di talian 096213350/0148211647.

Kerjasama dan komitmen tuan sangat dihargai demi meningkatkan pencapaian akademik negeri Terengganu.

Sekian, terima kasih.

” Melestarikan Pendidikan Terbilang”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(HAJI MOHD ZUBER BIN EMBONG)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Pendidikan,
bp: Pengarah pelajaan Negeri Terengganu


s.k
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - makluman
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - makluman

MESYUARAT PENYELARASAN KALI KE-9 PERGERAKAN PUTERI ISLAM DAERAH HULU TERENGGGANU TAHUN 2011

PPD/HT/07/01/004-01(71)
Tarikh : 17 Februari 2011

Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Daerah Hulu Terengganu

Tuan,

MESYUARAT PENYELARASAN KALI KE-9 PERGERAKAN PUTERI ISLAM DAERAH HULU TERENGGGANU TAHUN 2011

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacitanya dimaklumkan mesyuarat di atas akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Februari 2011 (Rabu)
Tempat : Bilik Seminar, PKG Kuala Berang
Masa : 2.15 petang
Perasmian Oleh : Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
Pakaian : Uniform Puteri lslam

2. Agenda mesyuarat adalah sebagaimana berikut:

2.1 Ucapan Pengerusi Pergerakan Puteri lslam Daerah Hulu Terengganu
2.2 Ucapan Perasmian oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
2.3 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Penyelarasan 2010
2.4 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2010
2.5 Pembentangan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2010
2.6 Pemilihan Jawatankuasa PPIDHT Sesi 201/2012
2.7 Perbincangan Aktiviti 2011
2.8 Hal-Hal Lain

3. Sehubungan itu, tuan diminta mengarahkan seorang guru pemimpin Pergerakan Puteri lslam sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat berkenaan

4. Guru pemimpin yang hadir diminta membawa bersama yuran pendaftaran keahlian negeri dan daerah berjumlah RMl.00 bagi setiap pelajar dan RM3.00 bagi setiap guru pemimpin. (Yuran keahlian di peringkat kebangsaan sebanyak 20 sen bagi setiap pelajar dan RM2.00 bagi setiap guru pemimpin hendaklah diuruskan sendiri oleh sekolah secara kiriman wang/wang pos kepada PPIM Kebangsaan).

5. Semoga berada di dalam makluman dan tindakan pihak tuan. Di atas segala kerjasama yang diberikan didahuluidengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"Melestarikan Pendidikan Terhilang"
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

(MOHD KHALID BIN MUSTAFFA)
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah,
b.p.: Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

s.k :
i) Pengerusi Pergerakan Puteri lslam Perhubungan Negeri Terengganu
ii) FailTimbul

SISTEM LAPORAN KEHADIRAN GURU, MURID DAN ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKS)


Sistem ini dibina untuk merekodkan rumusan kehadiran guru, murid dan anggota khidmat sokongan (aks) sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Pihak sekolah perlu merekodkan maklumat kehadiran untuk setiap hari persekolahan.

Sila klik pada tajuk kiriman untuk capaian ke laman berkenaan.

Lensa 2 ... Majlis Penyerahan e-Book Murid Tahun 5 DUN Ajil, Terengganu 2011




Lensa Peristiwa : Jamuan Perpisahan Cikgu Hajjah Rasidah

Tarikh : 19 Januari 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Lokasi : Bistro SK Menerong

Cikgu Nik Rozi selaku pengacara majlis sedang membuka bicara

Cikgu Hajjah Rasidah yang diraikan bersama barisan pentadbiran

Puan Hajjah Hasmah, Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Giliran Cikgu Hajjah Rasidah menyampaikan ucapan perpisahan

Cikgu Hajjah Rasidah sedang menerima cenderahati daripada Puan Hajjah Hasmah

Monday 7 February 2011

Perlawanan Persahabatan Bolasepak 9 Sebelah 2011

6 Februari 2011 (Ahad) : Telah berlangsung perlawanan persahabatan bolasepak antara SK Menerong melawan SK FELDA Tersat. Perlawanan ini telah diadakan di Padang SK Menerong. Para pemain SK Menerong telah memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan. Namun beberapa peluang telah tidak disudahkan secara baik oleh pemain SK Menerong. Akhirnya, pasukan bolasepak SK Menerong terpaksa akur dengan keputusan 0-1 dikalahkan oleh SK FELDA Tersat.

Pengurus Pasukan SK Menerong : Cikgu Nik Rozi Nik Ishak
Jurulatih : Encik Azlan Tahar (EIO)

MAJLIS PENGAGIHAN e-BOOK DUN AJIL

Kepada Semua Ibubapa / Penjaga,
Murid Tahun 5,
SK Menerong.

Tuan,

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan bersama anak tuan/puan dijemput hadir ke majlis sepertimana berikut:

Tarikh : 07 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Bukit Diman, Ajil, Terengganu
Perasmian : YAB Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu

3. Tuan/puan dikehendaki naik ke pentas bersama anak tuan/puan untuk menerima e-Book tersebut.

Kerjasama tuan/puan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Melestarikan Pendidikan Terbilang"

Saya yang menurut perintah,

(HAJJAH HASMAH BINTI HAMZAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Menerong,
21800 Ajil, Terengganu.

s.k.:
1. EIO - Sila buat pemantauan
2. Guru Kelas Tahun 5 - Sila hadir dan buat pemantauan
3. Fail Sekolah

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com