SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 11 September 2010

SAYA TIDAK KALAH APABILA BERADA DI BAWAH, SAYA HANYA KALAH SEKIRANYA TIDAK BANGUN SEMULA

Kalah, bangun. Kalah, bangun. Kalah, bangun. Lama-lama berjaya juga. Itulah asas kejayaan. Ada orang lain pula kalah, tidak bangun-bangun. Dia cuma kalah sekali tetapi tidak bangun-bangun itulah punca kegagalan.
Contohnya seorang pemuda belajar menunggang motosikal. Sebelum dapat menguasai kemahiran berkenaan, pemuda tersebut perlu membuat banyak latihan. Namun, mereka yang berjaya kelak tidak semestinya mereka yang membuat banyak latihan. Mereka yang berjaya menguasai kemahiran berkenaan ialah mereka yang bukan sahaja banyak membuat latihan, tetapi apabila mereka berhadapan dengan keadaan lalu lintas yang sesak, tidak mudah putus asa. Walaupun beberapa kali gagal, mereka akan terus mencuba dan mencuba sehingga berjaya. Itulah asas kemenangan dalam hidup ini.
Usaha yang berterusan memerlukan seseorang yang mempunyai stamina dan mental yang tinggi dan sanggup berusaha keras dan tidak mudah mengaku kalah. Melalui tenaga mental yang tinggi, seseorang berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan cabaran masa kini dan mengadaptasi sebarang masalah serta menukarkannya kepada peluang, namun sebaliknya pula bagi orang-orang yang gagal.
Manusia yang bangkit daripada kegagalan akan merenung, mengkaji kesilapan yang telah dilakukan. Mereka akan berusaha semula dengan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Dengan cara ini, pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada sebelumnya.
Kegagalan bukanlah bermakna anda gagal selama-lamanya. Sebaliknya, bagi orang yang berfikiran positif, kegagalan hanyalah permulaan dalam kejayaan. Contohnya, pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan bangkit daripada kegagalan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Orang yang bangkit akan berusaha lima kali ganda daripada sebelumnya. Ini disebabkan mereka telah merasai keperitan kegagalan dan tidak mahu mengulangi perkara yang sama. Orang yang bangkit daripada kegagalan mempunyai daya ketahanan dan berupaya bangun semula apabila menghadapi masalah, tidak mudah kecil hati dan mempunyai pendirian yang kukuh. Setiap usaha dilakukan lebih berhati-hati dan mantap kerana mempunyai pengalaman sebelum ini.

*Modul PENDAHULU [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu]

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com