SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 8 September 2010

PEMIMPIN YANG HEBAT AKAN CUBA MEMENUHI SETIAP JANJI DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MENUNAIKANNYA


Sikap pemimpin yang sentiasa menepati janji akan menonjolkan penampilan karisma seorang pemimpin yang hebat. Orang yang tidak menunaikan janji akan mengecewakan orang lain dan tidak akan dipercayai sehingga bila-bila.

Pemimpin yang hebat mempunyai tahap kemesraan yang tinggi sehingga mampu menarik dan mempengaruhi orang lain kepadanya. Kemesraan ini perlu disaluti dengan unsur-unsur kecindan iaitu mesra dan mudah berjenaka. Unsur kecindan perlulah membawa manfaat dan tidak melebih-lebih sehingga boleh menjatuhkan maruah orang lain. Ianya perlu dilakukan dalam keadaan terkawal dan boleh diterima oleh orang lain. Kecindan yang berunsur negatif seperti lucah, cakap besar, berbohong, menambah cerita perlu dielakkan. Ini disebabkan setiap kata-kata yang keluar daripada mulut pemimpin seolah-olah arahan yang perlu diikuti oleh organisasinya.

Pemimpin yang hebat juga perlu mempunyai integriti yang tinggi iaitu tabiat yang baik, tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan kata-kata dengan perbuatan berlaku secara seiring. Sikap cakap tak serupa bikin perlu dielakkan sama sekali kerana boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang. Setiap kata-kata, perbuatan dan tingkah laku seorang pemimpin akan dinilai oleh organisasinya. Oleh itu, organisasinya akan memperkatakan apa yang baik dan buruk kepada orang lain. Jarang sekali, ahli organisasi berani untuk menegur kesilapan pemimpinnya. Sebaliknya bersikap suka mengkritik di belakang.

Pemimpin perlu mempunyai imej kendiri yang baik, berasa yakin pada diri sendiri, pada hidup dan orang lain. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran menanam kepercayaan terhadap orang di sekeliling untuk melaksanakan tugasan. Keyakinan semasa memimpin akan terserlah semasa pengucapan, taklimat, mesyuarat, menangani soalan-soalan ahli organisasi dan sebagainya. Sekiranya berjaya menguasai situasi maka kewibawaan pimpinannya akan terserlah dan semakin dihormati oleh orang lain. Kemahiran interpersonal amat penting untuk menawan orang lain dan mengembangkan potensi mereka. Melalui kemahiran ini, pemimpin dapat mempengaruhi orang lain dan mengajak ahli bekerja secara ikhlas. Perkara ini dapat dilakukan dengan menanam keyakinan terhadap ahlinya dan kurang mengkritik serta menjatuhkan moral kerja ahli.
Pemimpin perlu mengelak melakukan kerja yang tidak baik kerana ini merupakan token atau peluang untuk orang lain merendah-rendahkan anda. Dalam masa yang sama perlu mempunyai tabiat keanjalan dalam mengurus organisasi iaitu tidak gentar untuk berubah, cair dan mengalir mengikut perubahan organisasi di samping mempunyai kemahiran intuisi iaitu boleh meramal dan merasai sesuatu tanpa data yang konkrit.

*Modul PENDAHULU September 2010 [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu]

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com