SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 7 September 2010

KITA BUKAN SAHAJA PERLU CEKAP TETAPI JUGA DAPAT MEMBUAT KERJA SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Seseorang yang ingin berjaya perlu mempunyai sikap dan keinginan yang melebihi daripada orang lain. Dalam melaksanakan perancangan perlu mempunyai kecekapan dan berhati-hati dalam melaksanakan tugas serta tidak melakukan kesilapan. Kecekapan akan terhasil melalui usaha yang gigih, sikap ini akan terhasil apabila anda betul-betul dapat menguasai sesuatu bidang. Oleh itu, sikap ketelitian dan minda yang tajam dapat memupuk kecekapan semasa melakukan sesuatu. Sikap ketelitian pula memerlukan fokus yang tinggi semasa melakukan sesuatu. Sebarang gangguan perlulah dielakkan yang menyebabkan kecuaian dalam melakukan sesuatu. Kecuaian perkara sama dan berulang-ulang akan menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang. Manakala minda tajam memerlukan pengetahuan yang luas dan pemikiran yang kreatif. Pengetahuan yang luas dapat dicari melalui pembacaan, melayari internet dan mencuba untuk melakukan sendiri tentang apa yang difahami.

Setiap tugasan perlu dilaksanakan dengan cepat dan sentiasa melaksanakan perkara yang betul. Oleh itu, anda perlu mengamalkan perkara yang betul walaupun perkara tersebut cerewet, berulang-ulang dan sebagainya. Tiada jalan pintas untuk melakukan sesuatu tugas melainkan anda mempunyai inovasi yang tinggi dan diakui oleh orang lain. Sebaik-baiknya, sebelum anda melakukan sebarang tugasan, buatlah senarai semak tugasan berdasarkan keutamaan dan kesegeraan menyelesaikan tugasan. Ini dapat menambahkan kecekapan anda dalam melaksanakan tugas.

Setiap tugasan yang dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar hanya membezakan tahap kecekapan dalam menyiapkan tugasan dan mengurang kesilapan semasa melakukannya.

Orang yang cekap akan bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas, tidak memberi alasan dan sentiasa menyiapkan kerja tepat pada masanya untuk beroleh hasil kerja berkualiti dan memenuhi kehendak orang lain.


*Modul Pendahulu September 2010 [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com