SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 12 September 2010

SAYA TIDAK BOLEH DAN TIDAK PERLU UBAH SESIAPA, SAYA HANYA PERLU UBAH DIRI SENDIRI

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar-Ra’ad ayat 11).

Berdasarkan ayat di atas, kita perlu yakin bahawa diri sendiri yang perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak menjadi seorang yang berjaya.

Kebanyakan orang hanya menunggu orang lain berubah terlebih dahulu sebelum mereka berubah. Sikap, “hanya selepas cikgu mampu menjadikan orang lain berubah, baru aku hendak belajar bersungguh-sungguh” tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kegagalan.

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang ialah mereka sendiri tidak mahu berubah tetapi mengharapkan orang lain berubah. Sebagai contoh, kita ambil kes pelajar yang menghadapi masalah menguasai subjek sains. Guru sains tidak mengajar dengan baik manakala kawan-kawannya pula suka bermain-main ketika guru mengajar. Walaupun tahu kelemahannya, dia tidak mahu berubah. Dia berjanji untuk berubah hanya apabila guru memperbaiki pengajarannya dan rakan-rakannya turut memberi tumpuan dalam kelas. Sikap seperti ini tidak betul kerana yang perlu berubah terlebih dahulu bukan orang lain tetapi diri sendiri.

Kita tidak perlu menunggu guru atau kawan-kawan berubah, kita yang harus berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru. Kita sebagai khalifah Allah yang mempunyai akal fikiran perlu berubah dan memperlengkap diri kita dengan ilmu kepimpinan selaras dengan kejadian kita sebagai pemimpin di muka bumi ini.

*Modul PENDAHULU [Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu]

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com