SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 22 September 2010

SAYA IALAH JUARA

Juara tidak pernah berputus asa. Orang yang mudah berputus asa tidak akan akan menjadi seorang juara atau seorang pemimpin. Mengaku kalah adalah mudah. Yang sukar adalah untuk bangun semula selepas kalah. Dua kali jatuh, tiga kali bangun, lima kali jatuh enam kali bangun, Itulah sifat seorang juara. Bak kata pepatah “biar kalah tetapi jangan mengalah”.

Oliver dan Wilbur Wright ialah orang pertama yang mencipta kapal terbang. Sebelum dapat mengemudi kapal terbang buatan sendiri dengan jayanya di Kittyhawk, Amerika Syarikat pada tahun 1904, mereka telah gagal beberapa kali. Namun mereka berdua tidak pernah berputus asa sehinggalah mereka berjaya.

Itulah salah satu sifat yang dimiliki oleh mereka yang bergelar juara dan pemimpin. Mereka bukan sahaja hebat dalam erti kata menguasai sepenuhnya dalam bidang yang diceburi, malah mereka tidak mudah berputus asa. Mereka tidak pernah menyerah kalah dan sikap yang sedemikianlah yang perlu ada di dalam diri seorang hamba Allah yang bergelar pemimpin. Seorang pemimpin, perlu memiliki kemahiran, pengetahuan dan cekal dalam mengharungi cabaran dan dugaan.

Dalam dunia pendidikan, seseorang juara dan pemimpin hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Juara dan pemimpin jangan mudah berputus asa. Sebagai contohnya, sekiranya kita kurang mahir dalam aspek atau mata tertentu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh agar aspek kelemahan tadi dapat diatasi. Berputus asa atau mengalah satu perkara yang mudah sahaja tetapi malang sekali jika itu pilihan kita. Biar kalah tetapi jangan mengalah.

Selain daripada ciri yang dinyatakan di atas, seorang juara perlu memiliki sifat adil, lebih-lebih lagi dia merupakan seorang pemimpin. Kepimpinan dari kaca mata Islam merujuk kepada keperibadian dari segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik ialah berilmu pengetahuan, pegangan agama yang kukuh, benar dalam perkataan dan tindakan, seorang lelaki, adil, bijak dalam menangani masalah dan sentiasa menyampaikan pesanan yang benar.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com