SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 28 February 2012

UJIAN OTI 1 TAHUN 2012

Kami : P.T.18003-10(63)
Tarikh : 27 Februari 2012

Pengetua SMK Chalok, Setiu
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Terengganu Darul Iman.

Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa ujian OTI 1 2012 akan diadakan pada 6 – 8 Mac 2012. Selaras dengan pelaksanaan KSSR bagi murid Tahun Satu dan Dua tiada ujian setara bagi mereka dan pentaksiran dilaksanakan sesuai dengan prinsip PBS.

3. Bersama-sama ini disertakan jadual ujian OTI 1 bagi Tahun Tiga hingga Tahun Enam untuk makluman dan tindakan pihak tuan seterusnya. Tuan boleh dapatkan soalan-soalan tersebut di PKG masing-masing pada 1 Mac 2012 (Khamis).

4. Sehubungan dengan itu, pihak tuan juga diminta menghantar data ujian OTI 1 tersebut ke PPD masing-masing (u.p. Penyelaras UPSR Daerah) pada atau sebelum 14 Mac 2012 (Rabu).

5. Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi En. Nordin bin Ambak (No. h/p: 012-9461746) di Unit Kurikulum Rendah, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213027 dan faks no. 09-6213028.

Kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


(HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k.
1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu – Makluman
2. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu – Makluman
3. Semua Ketua Penolong Pengarah, SPA – Makluman
4. Pegawai Pelajaran Daerah berkenaan (u.p. Penyelaras UPSR Daerah) - Makluman

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com