SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 18 February 2012

PESTA BUKU NEGERI TERENGGANU TAHUN 2012

Ruj. Kami : P.T. 11037-05 (25)
Tarikh : 13 Februari 2012

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu.

Tuan,

LAWATAN PELAJAR KE PESTA BUKU NEGERI TERENGGANU TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan menganjurkan Pesta Buku Negeri Terengganu Tahun 2012 sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 23 hingga 29 Februari 2012
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.
Masa : 9.30 pagi hingga 10.00 malam

3. Tujuan Penganjuran Pesta Buku Negeri Terengganu Tahun 2012 ini adalah untuk memajukan industri buku, memperkasa minat membaca dalam kalangan murid dan masyarakat serta merealisasikan Terengganu Negeri Anjung llmu. Di samping itu, pesta buku ini akan memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar dan orang ramai memperoleh dan membeli buku-buku baru untuk koleksi peribadi dan perpustakaan.

4. Sehubungan dengan itu, bagi memberi impak berkualiti tinggi, pihak sekolah diminta mengatur lawatan guru dan pelajar ke pesta tersebut. Pembelian boleh dilakukan secara tunai dan juga pesanan kerajaan (LO).

Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program tersebut amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian

"Melestarikan Pendidikan Terbilang"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


(HASHIM BIN MOHD ZIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k.

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - makluman
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Terengganu - makluman
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu - makluman
Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan - untuk tindakan

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com