Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada seorang pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
 - Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
 - kita ingat 10% apa yang dibaca
 - kita ingat 20% apa yang didengar
 - kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
 - kita ingat 70% apa yang dicakapkan
 - kita ingat 90% setelah dipraktikkan
 - Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
 - Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
 
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
 - pastikan cahaya adalah terang
 - kurangkan gangguan bunyi
 - tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
 - tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
 - kerusi dan meja menghadap kiblat
 - jangan lupa untuk senyum
 - Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
 - Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
 - Tahu teknik merangsang memori:
 - memasukkan maklumat dalam memori (registration)
 - menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
 - mengingat kembali (recall)
 - menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
 - Sentiasa awal dan mendahului:
 - persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
 - pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
 - belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
 - untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
 - Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
 - Mempunyai teknik membaca yang betul:
 - duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
 - memberikan tumpuan sepanuhnya
 - menggunakan jari telunjuk untuk membaca
 - menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
 - Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
 - Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
 - Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
 - Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
 - Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
 - Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
 - Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
 - Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
 - Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
 - Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
 - Tahu petua mengulang kaji:
 - cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
 - siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
 - duduk tegak dikerusi yang selesa
 - baca doa penerang hati
 - baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
 - fikir dan ingat kembali isi utama
 - catat/lakar
 - semak semula ketepatan maklumat
 - ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
 - buat rumusan
 - jawab soalan
 - tampal maklumat yang rumit di dinding
 - baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
 - Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
 - Tahu petua-petua agar tidak lupa:
 - jangan makan kepala ikan
 - jangan makan organ dalaman
 - jangan minum semasa makan
 - jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
 - jangan melihat kemaluan
 - banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
 - banyakkan makan kismis, kurma dan madu
 - banyakkan makan kekacang
 - pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
 - jangan makan sehingga terlalu kenyang
 - jangan kencing berdiri
 - Tahu kemahiran mengingat:
 - tampal nota-nota penting di dinding
 - tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
 - gunakan kaedah akronim
 - reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
 - pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
 - Cekap mengatur jadual belajar:
 - mempunyai jadual belajar
 - patuh kepada jadual
 - buat jadual yang boleh diikuti
 - Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
 - Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
 - Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
 - Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
 - Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
 - Pelbagaikan tempat belajar.
 - Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
 - Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
 - Ciri-ciri pelajar cemerlang:
 - taat kepada Allah
 - mendirikan sembahyang
 - menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
 - hormati & sayangi guru
 - bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
 - suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
 - membantu rakan yang memerlukan
 - berdoa dan bersyukur kepada Allah
 - sentiasa bertawakal
 - mahir dalam setiap mata pelajaran
 
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga ianya memberikan manfaat.
No comments:
Post a Comment