SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 8 February 2012

PERUBAHAN TARIKH TUTUP PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Ruj. Kami: P.T.11016-09(55 )
Tarikh: 6 Februari 2012

Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Terengganu

Dengan segala hormatnya surat Ruj. Kami P.T.1106-09(54) bertarikh 19 Januari 2012 dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 Bil.1/2012 pada 27 Disember 2011 memutuskan Anugerah Guru Inovatif 2012 akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012.

3. Matlamat anugerah ini adalah untuk melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

4. Sehubungan dengan itu, kami mohon jasa baik tuan untuk menghantar pencalonan yang memenuhi syarat-syarat pertandingan mengikut kategori berikut:

a) Prasekolah - 1 pencalonan
b) Individu Sekolah Rendah - 1 pencalonan
c) Individu Sekolah Menengah - 1 pencalonan
d) Kumpulan - 1 pencalonan
* Johan di peringkat sekolah

5. Pencalonan akan dinilai diperingkat saringan berdasarkan kertas kerja (Lampiran C). Calon-calon yang melepasi saringan akan dihakimi di sekolah masing-masing oleh panel hakim. Persembahan dalam bentuk power point hendaklah disediakan oleh calon berkenaan semasa penghakiman.

6. Semua pencalonan berserta kertas kerja hendaklah dihantar kepada urus setia sebelum atau pada 15 Februari 2012 (setelah pindaan dari 28 Februari 2012). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Razali bin Ismail, Penolong Pengarah Sains ditalian 09-6213312/013-9392670. Pencalonan yang diterima selepas tarikh tertera di atas tidak akan dihakimi.

7. Segala urusan surat menyurat dan pencalonan anugerah ini hendaklah dialamatkan kepada:

Urus setia,
Unit Sains,
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu,
Terengganu.
(u.p: En. Mohd Razali bin Ismail)

8. Bersama-sama ini dilampirkan syarat-syarat dan maklumat berkaitan dengan anugerah ini untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

"Melestarikan Pendidikan Terbilang"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(HASHIM BIN MOHD ZAIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Makluman
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik - Makluman
Semua Pegawai Pelajaran Daerah - Makluman
Ketua Penolong Pengarah Sains - Makluman

MRI/wan

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com