SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Monday 6 February 2012

SPI BIL. 8/1995 : PENYERTAAN PELAJAR DALAM PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ANJURAN PERSATUAN ATAU BADAN INDUK SUKAN

Ruj. Tuan :............................................
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (16)
Tarikh : 11 Oktober 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1995 : PENYERTAAN PELAJAR DALAM PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ANJURAN PERSATUAN ATAU BADAN INDUK SUKAN

Saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan kepada surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 bertarikh 10 Mac 1988 mengenai Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan.

2. Kementerian Pendidikan mendapati bahawa ramai pelajar sekolah yang melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan. Oleh itu, terdapat pertandingan dan kejohanan sukan ini bertembung dengan pertandingan dan kejohanan sukan MSSM. Didapati juga pelajar mengikat kontrak untuk menyertai pertandingan atau kejohanan yang diadakan oleh Persatuan atau Badan Induk Sukan menyebabkan pasukan MSS Negeri dan MSSM tidak dapat menyediakan pasukan yang terbaik dalampertandingan atau kejohanan yang disertainya.

3. Berikut adalah perkara tambahan kepada Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 :-
3.1 Pelajar sekolah tidak dibenarkan mengikat kontrak dengan mana-mana Persatuan atau Badan Induk Sukan untuk menyertai dalam sebarang pertandigan Liga yang dianjurkannya.
3.2 Sekiranya pertandingan atau kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan bertembung dengan pertandingan atau kejohanan sukan MSSM, keutamaan hendaklah diberikan kepada MSSM. Tegasnya pelajar tersebut dikehendaki mewakili MSS Negeri di peringkat kebangsaan dan MSSM di peringkat antarabangsa (ASEAN, Asia dan lain-lain).

4. Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan adalah diminta memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k

1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus, Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com