SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 8 January 2011

Lebih 20 sekolah di 5 daerah Terengganu ditutup


ARKIB : 07/01/2011

KUALA TERENGGANU 6 Jan. - Terengganu mula dilanda banjir membabitkan lima buah daerah iaitu Hulu Terengganu, Setiu, Marang, Besut dan Kemaman berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Sehingga lewat petang ini, seramai 900 mangsa di daerah Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman dipindahkan ke 18 pusat pemindahan banjir.

Ini termasuk di SK Alor Lik, Dewan Orang Ramai Langkap, Surau Bukit Nyior dan Masjid Kampung Merbau Menyusut (Setiu), Surau Kg. Beru, Balairaya Tok Lawit (Hulu Terengganu) dan di Balairaya Padang Kubu (Kemaman) serta Dewan Orang Ramai Kampung Temala (Marang).

Lebih 20 buah sekolah terpaksa ditutup dengan 12 daripadanya di daerah Setiu yang membabitkan keseluruhan 1,500 murid termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Chalok, SK Langkap, SK Kampung Buluh, SK Pelong, SK Bukit Mundok, SK Pak Ba dan SK Merbah Menyusut.

Kira-kira 1,400 murid juga tidak dapat ke sekolah di daerah Hulu Terengganu apabila sembilan buah sekolah dinaiki air termasuk SK Kua, SK Kuala Ping, SK Tapah, SK Matang, SK Teris, SK Kuala Jenderis, SK Bukit Tadok, SK Menerung dan SK Felda Mengkawang.

Dua buah sekolah di Besut, SK Bukit Puteri dan SK Tok Raja yang menempatkan lebih 700 murid juga ditutup dan murid diarah pulang setelah kawasan sekolah mereka ditenggelami air sedalam hampir satu meter.

Kemungkinan lebih banyak sekolah akan ditutup esok sekiranya hujan masih berlarutan.
Timbalan Pegawai Pelajaran Besut, Abd. Halim Hassan berkata, pihak sekolah berkenaan terpaksa mengarahkan semua pelajar pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan berikutan paras air semakin meningkat.

Katanya, beberapa lagi buah sekolah termasuk SK Kampung Baru Tok Dor, Jabi mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan semua murid di tingkat atas bangunan sekolah.
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Safruddin Ali Hussin berkata, pihaknya telah mengingatkan Guru Besar serta Pengetua agar memastikan keselamatan murid dan peralatan sekolah disimpan di tempat selamat.

"Jika keadaan setempat membimbangkan mereka perlu memaklumkan mengenai status sekolah agar dibenarkan tutup," katanya.

Selain itu, sebanyak 13 laluan ditutup kepada semua kenderaan di Hulu Terengganu, antaranya melibatkan Felda Bukit Kepah dan Jalan Kampung Matang/Kampung Nibong/Paloh Nyior/Bukit Tadok.

Di SETIU pula antaranya membabitkan Jalan Pelong/Langkap di Kampung Kuala Pelung, Jalan Pengkalan Merbau dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang.

Di DUNGUN, laluan yang ditutup melibatkan Jalan Tok Kah/Lentang dan Jalan Jerangau/Jabor berhampiran Stesen Timbang JPJ Bukit Besi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, di Setiu, seramai 78 orang dari 21 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Kampung Merbau Menyusup di daerah itu.

Menurut jurucakap itu, dua batang jalan kampung di Hulu Terengganu turut ditutup kepada semua kenderaan setelah ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Kuala Berang-Sungai Tong di Kampung Kuala Ping dan Jalan Kuala Berang-Sungai Tong dekat Kampung Palong, Kuala Jenerih.

Dipetik daripada:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com