SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 9 January 2011

DATA MAKLUMAT ELAUN MURID KHAS (EMK) FASA 1 – TAHUN 2011

Ruj. Kami : PPD/HT/05/05/004 01Jld.1(03)
Tarikh : 09 Januari 2011


Pengetua / Guru Besar
Sekolah - Sekolah Daerah Hulu Terengganu
Pengetua SM Imtiaz
Pengetua SM(A) Mahmudiah
Pengetua SM Sains Hulu Terengganu

Tuan,


DATA MAKLUMAT ELAUN MURID KHAS (EMK) FASA 1 – TAHUN 2011

Dengan hormatnya surat Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas P.T.07015-02/03(04) bertarikh 06 Januari 2011 adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sedang mengemaskini maklumat Murid Pendidikan Khas yang sedang belajar di Program Pendidikan Integrasi dan murid yang mempunyai Kad OKU di arus perdana dari setiap Pejabat Pelajaran Daerah bagi tujuan penyelarasan bayaran Elaun Murid Khas (EMK) untuk tahun 2011.

3. Sehubungan itu, maklumat berkaitan yang perlu dilengkapkan adalah mengikut format seperti di laman web www.moe.gov.my/bpkhas (rujuk lampiran ”Proses Pengumpulan Data EMK 2011 Jabatan Pelajaran Negeri). Sila kembalikan maklumat yang lengkap, tepat dan tidak bertindan dalam bentuk hard copy dan soft copy atau email kepada Pegawai Pelajaran Daerah (u.p: En. Mohd Hussaini bin Wahid, Pegawai Khas Pendidikan Swasta Dan Khas PPDHT, email:chengmhw@gmail.com) dan sesalinan kepada Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (u.p: En. Che Harun bin Ibrahim, email:jpntskhas@yahoo.com) sebelum atau pada 11 Januari 2011. Semua permohonan mestilah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar di mana murid berkenaan belajar. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit berhubung keciciran permohonan Murid Berkeperluan Khas dan OKU di sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

”MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t

(JALALUDIN BIN ISMAIL)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Pengurusan Sekolah
b.p.Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com