SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Monday 1 November 2010

Modul PENDAHULU ... November 2010 ... Love is Power (Cinta Itu Kuasa)

Justify Full
Cinta akan dunia, mahu menguasai dunia, cinta akan harta, kita mahukan harta yang banyak, cinta akan kekasih kita mahu semua orang yang kita temui menyintai kita dengan sepenuh hati agar senang kita menggunakan kuasa yang ada pada kita sama ada mahu lakukan sesuatu yang negatif atau positif.

Kita perlu ingat suatu ketika kita pernah berikrar akan menyintai pencipta yang Maha Agung, tetapi apabila kita tiba di dunia, cinta akan Yang Maha Esa sudah hilang, andai kita katakan kita mencintai Allah sewajibnya kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan suruhan-suruhan Allah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran, penuh rasa amanah kerana kita sebenarnya milik Allah sewajibnya kita sedar bahawa cinta yang hakiki untuk diberikan hanyalah kepada Allah yang telah mencipta kita.

Andai kita telah sempurnakan semua suruhan Allah maka sebenarnya kita telah dekat dengan menyempurnakan cinta kita yang hakiki iaitu cinta akan Allah dan apabila kita telah mencintai Allah barulah akan lahir ikhlas kita untuk mencintai orang lain kerana Allah.

Apabila kita telah menerima amanah Allah iaitu orang yang kita cintai seharusnya kita malu untuk memperlakukan di luar batasan syariat, kerana kita akan sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan itu akan dihitung dan diadili di akhirat nanti.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com