SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 28 November 2010

Modul PENDAHULU ... November 2010 [5] ... Gembira Itu Membahagiakan

GEMBIRA ITU MEMBAHAGIAKAN

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira. Bergembira atau busyra ialah sifat maknawi dan rohani. Ia ialah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinya ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur atau terasa gembira.

Oleh itu, rasa gembira bukan boleh dibuat-buat. Kalau dibuat-buat, rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang dari dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.

Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani itu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali walaupun orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup hingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, sama ada dia gembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang sahaja. Ini ialah manusia yang luar biasa.

Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka. Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak, terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung, muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomel-ngomel dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang sekeliling.

Di antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:

1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan sebagainya.

2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja, tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.

3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita setelah balik dari kampung dan sebagainya.

4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dan sayangi dan lain-lain.

5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan kita mendapat kesusahan dan lain-lain.

6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan, atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.

7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa, guru, kawan kita dan lain-lain.

8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada hukuman itu atau daripada bala itu.

9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.

10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekian lama.

11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak dibayar.Bahkan kita sudah melupakannya.

12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sangat membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebih lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.

13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita dibuatnya.

14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh daripada sakit yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.

15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang selama ini sudah lama terputus dan terpisah.

16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.

17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang, mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan. Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam kehidupan.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com