SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 7 November 2010

KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) PERINGKAT SEKOLAH

Ruj.Kami : PPDHT 06/05/001 Jld.3 (92)
Tarikh : 31 Oktober 2010

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Daerah Hulu Terengganu

Tuan,

Dengan hormatnya berhubung perkara di atas, surat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP(BTP-PSP) 8810/11/1(18) bertarikh 19 Julai 2010 kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan Mesyuarat Jawatankuasa Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu di BTPN Terengganu pada 13 Oktober 2010 dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kem berkenaan akan dilancarkan serentak diseluruh negara, dan Perasmian Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 8 November 2010 Masa : 9.00 Pagi Tempat : BTPN Terengganu, Marang
3. Sehubungan dengan itu, tuan juga dikehendaki melaksanakan Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) diperingkat sekolah, dengan perasmian oleh Guru Besar atau Penolong Kanan pada 8 Nov. 2010.

4. Tuan diminta menubuhkan satu Jawatankuasa Pelaksana KM1M peringkat sekolah, melaksanakan KM1M sekolah, dan menghantar laporan ringkas pelaksanaan (tarikh, aktiviti, catatan) ke pejabat ini [u.p: Penolong PPDPK(Bahasa)]. Dokumentasi bergambar sangat digalakkan.

5. Bersama ini disertakan Kertas makluman KM1M, dan perkara 4.1 hingga 4.4.1 perlu diteliti untuk panduan pelaksanaan KM1M disekolah.

Sekian untuk perhatian dan tindakan tuan.

Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan’

Saya yang menurut perintah,

tt
(SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN, PJK )
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

s.k.
- Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
- Ketua Unit PSP BTPN Terengganu
- Pegawai Teknopen PKG Peroh / Tengkawang/ Kuala Berang. – mohon selia bantu sekolah.
- Penolong PPDPK(Bahasa) - untuk penyeliaan tuan.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com