SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 20 November 2010

Modul PENDAHULU ... November 2010 [4] ... Senyum itu Sedekah

SENYUM ITU SEDEKAH

“Senyum itu ialah sedekah, Senyum penawar duka, senyum gambaran kemanisan hidup, senyum penyatuikatan, senyum pelerai persengketaan, senyum penawar kesakitan, senyum meredakan tekanan, senyum pemanis wajah, senyum membahagiakan kehidupan dan senyum juga lambang ketinggian peribadi dan ciri-ciri akhlak terpuji.”

Huraian :

Senyuman ialah tingkah laku yang boleh menyenangkan dan elemen yang boleh mengurangkan rasa tertekan apabila melalui situasi yang sukar, tegang, cemas atau sebaliknya. Kita perlu mengamalkan ini bukan sekadar untuk memikat orang lain atau untuk mempengaruhi orang lain dengan senyuman kita, tetapi senyuman perlu lahir dari hati yang ikhlas agar senyuman itu mendapat pahala.

Senyuman lambang kemanisan wajah yang menceriakan suasana dan sekaligus menghilangkan tekanan yang dihadapi setelah penat belajar dan bekerja seharian, apabila semua individu memahami tingkah laku ini sangat mudah untuk ditonjolkan dan tidak perlu menggunakan otot yang banyak untuk mengukir sebuah senyuman.

Bila bersengketa dua insan sudah tentu tidak bertegur sapa, tetapi cadangan senyuman sebagai pelerai persengketaan ialah idea yang sangat bagus dan boleh diamalkan. Namun seharusnya, senyuman pelerai ini perlu diringi dengan kemaafan yang tulus daripada kedua-dua belah pihak.

Senyuman sangat perlu diukir ketika menziarahi rakan taulan atau saudara yang sedang menderita sakit, bila menziarahi mereka, ekspresi pertama ialah senyum kepada mereka, senyuman itu sudah cukup melegakan biarpun ketika itu dia sedang menanggung derita sakit yang berat.

Keluarga bahagia juga perlukan senyuman setiap ahli di dalamnya kerana senyuman itu membahagiakan sekiranya semua ahli memainkan peranan menceriakan keluarga dengan lemparan senyuman setiap hari oleh ayah, ibu dan anak-anak kesayangan.

Dalam pergaulan kita juga perlu melatih dan menghiaskan diri dengan senyuman. Kita perlu menjadi rakan-rakan atau individu yang sentiasa menceriakan suasana dan senyuman ini melambangkan kepada rakan-rakan bahawa kita adalah di antara individu yang berperibadi tinggi dan berakhlak mulia.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com