SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 9 November 2010

Modul PENDAHULU ... November 2010 [2] ... Marah Itu Anak Kunci Semua Keburukan

Iman Syafie ada menyebut bahawa “Sesiapa yang berasa marah tetapi tidak meluahkannya, maka ia seumpama seekor keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak tunduk kepada perintah-Nya ”.

Marah itu sebenarnya sikap yang sangat negatif, ia perlu diuruskan dengan sebaiknya seperti sabda nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis mafhumnya... “Jika sekiranya kamu marah dan ketika itu kamu berdiri, maka duduklah kamu dan jika sekiranya masih marah maka hendaklah kamu berwuduk atau mandi”.

Marah perlu diurus dengan sebaiknya seperti sabda Nabi itu, kerana khabar yang baik bagi orang yang dapat menahan kemarahan seperti hadis riwayat Imam Al- Bukhari Sesungguhnya menahan diri dari marah ialah sifat para muttaqin dan balasan di sisi Allah ialah balasan orang-orang yang bertaqwa, dan Allah memberi jaminan kepada orang yang berjaya menahan kemarahan ini dengan memberi keutamaan di hari akhirat untuk memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu”.

Pengajaran hadis ini ialah sama-samalah kita bersabar dan memberi kemaafan kepada orang lain kerana kemaafan itu lebih tinggi martabatnya daripada menahan kemarahan. Namun demikian orang yang berjaya menahan diri daripada sifat marah ini sudah tentu adanya sifat pemaaf dan ihsan kepada orang lain.

Jiwa orang yang menahan marah juga sunyi daripada dendam, iri hati, dengki dan talam dua muka. Sifat buruk atau mazmumah inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya di akhirat, walaupun semasa hayatnya merupakan seorang yang soleh dan taat kepada perintah Allah dan rasul-Nya.

Justeru marilah sama-sama kita berdoa agar dijauhi sifat-sifat demikian dengan doa ini:

‘Ya Allah! Jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang beramal dengan mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah, mengikut penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul kami Nabi Muhammad S.A.W, Ya Allah perkenankanlah doa kami ini.’

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com