- Kehadiran guru di dalam kelas: Semua guru perlu berada di dalam kelas;
 - Kekemasan bilik darjah dan ruang pengajaran dan pembelajaran: Bersih daripada habuk, sampah sarap dan sarang labah-labah;
 - Susun atur kerusi dan meja: Semua kerusi dan meja telah ditempat dan disusun kemas ke dalam bilik darjah;
 - Buku teks: Semua murid telah dibekalkan dengan buku teks sebelum hari pertama persekolahan.
 - Jadual waktu kelas: Semua kelas telah diperuntukkan Jadual Waktu dan dipaparkan di dalam bilik darjah;
 - Pengajaran dan Pembelajaran (P&P): Semua kelas mempunyai guru sepanjang masa pada hari pertama persekolahan, dan P&P dilaksanakan seperti jadual kelas;
 - Peraturan Disiplin Sekolah: Semua murid disediakan dengan peraturan disiplin dan ditaklimatkan mengenai peraturan tersebut;
 - Kawasan sekolah: Kawasan berumput dipotong sebelum hari pertama persekolahan, manakala kawasan berparit bebas dari sampah dan tidak berlumut;
 - Tandas: Semua tandas berada dalam keadaan bersih serta berfungsi dan mempunyai bekalan air yang cukup untuk kemudahan pembersihan selepas digunakan oleh murid-murid; dan
 - Fokus sekolah adalah kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
 
SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com
Renungan...
Monday, 2 January 2012
Kesiapsiagaan Sekolah Untuk hari Pertama Persekolahan Sesi 2012
Berikan perhatian kepada perkara-perkara berikut pada hari pertama [03 Januari 2012] persekolahan sesi 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment