SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 19 October 2010

SIARAN PERMOHONAN MASUK TINGKATAN 1 KE SEKOLAH ELIT DAN PREMIER NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011

Ruj Kami : P.T.05017-01/2( )
Tarikh : 28.09.2010

Tuan,

Permohonan adalah di pelawa kepada semua calon UPSR 2010 Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk memasuki Tingkatan 1, 2011 di Sekolah Elit (SMK Lembah Bidong dan SMK Mak Lagam) dan Premier Terengganu.

2. Syarat Permohonan adalah sebagaimana berikut :

2.1 Syarat permohonan masuk Tingkatan 1, 2011 ke Sekolah Elit.

a. Murid warganegara Malaysia lepasan UPSR 2010 dari Sekolah Kebangsaan, keutamaan sekolah Negeri Terengganu.
b. Calon mesti memperoleh 5A dalam UPSR 2010.
c. Mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam kegiatan Kokurikulum.
d. Jumlah calon yang dipilih berdasarkan kekosongan dan kemampuan sekolah berkenaan.
e. Setelah calon ditawarkan, sebarang pertukaran sekolah tidak dibenarkan.
f. Calon yang berjaya wajib tinggal di asrama.
g. Calon yang menolak tawaran tidak akan diterima semula ke sekolah elit.
h. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu secara online www. moe.gov.my/jpnterengganu/t1 mulai 16 Disember 2010.

2.2 Syarat permohonan Masuk Tingkatan 1, 2011 ke Sekolah Premier.

a. Murid warganegara Malaysia lepasan UPSR 2010 dari Sekolah Kebangsaan, keutamaan sekolah negeri Terengganu.
b. Calon mesti memperoleh sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR 2010 (Keutamaan kepada calon yang mendapat 5A).
c. Mempunyai pencapaian cemerlang dalam kegiatan kokurikulum.
d. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh PPD.

3. Semua borang permohonan boleh didapati di sekolah masing-masing. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui Guru Besar sekolah selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh pengumuman UPSR 2010. Permohonan yang lewat, tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat akan ditolak.

4. Penawaran tempat ke Tingkatan 1 bagi sekolah elit dan premier bergantung kepada syarat kelayakan serta kekosongan tempat yang ada.

5. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan hanya borang permohonan calon dari sekolah tuan yang layak sahaja dikemukakan kepada Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing untuk pertimbangan Jawatankuasa Panel Pemilihan.

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


(TENGKU ANUAR BIN TENGKU DALAM)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

s.k.:
1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
2. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
3. Semua Ketua Sektor
4. Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Terengganu

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com