SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 26 October 2010

KURSUS PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) BAHASA MELAYU TAHUN 1 UNTUK SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2010

Ruj. Kami : P.T.18002-04(21)

Tarikh : 14 Oktober 2010


Semua Guru Besar Sekolah Rendah,

Negeri Terengganu Darul Iman.


Tuan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan kursus tersebut selaras dengan arahan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah rendah untuk sesi persekolahan 2011.


3. Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan menghantar guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 ke kursus yang akan dijalankan selama tiga (3) hari, mengikut tarikh, tempat, masa dan bilangan guru sebagaimana jadual.


4. Guru-guru yang dihantar berkursus juga dikehendaki membawa bersama bahan-bahan berikut;

4.1 Alatan menulis serta buku nota

4.2 Komputer riba (sebuah sahaja, jika ada)

4.3 Satu salinan muka hadapan buku akaun bank (untuk tujuan tuntutan perjalanan)

4.4 Kad Pelaporan Kursus


5. Makan dan minum disediakan oleh pihak jabatan. Penginapan tidak disediakan. Semua peserta dibenarkan membuat tuntutan sepertimana pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang.


6. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Ab. Abid bin Mahamad ( No. h/p : 019-9346830 ) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.


Kerjasama daripada tuan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


Saya yang menurut perintah,


( HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG )

Ketua Sektor,

Sektor Pengurusan Akademik ,

b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com