SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 20 October 2010

ANUGERAH GURU UNGGUL EXXONMOBIL 2010

Ruj. Kami : P.T.11045-01( 61 )
Tarikh : 17 Oktober 2010

Penolong PPD(Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan)
Pengetua/Guru Besar,
SMK/SMKA/SK Negeri Terengganu

Melalui dan salinan:

Pegawai Pelajaran Daerah

Tuan,

ANUGERAH GURU UNGGUL EXXONMOBIL 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Anugerah Guru Unggul ExxonMobil 2010 diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru di negeri Terengganu yang telah terbukti menunjukkan kecemerlangan dalam meningkatkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid.

3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon memaklumkan dan menghebahkan serta menggalak guru-guru untuk memohon anugerah ini. Sekolah hanya dibenarkan mencalonkan dua (2) orang guru yang layak sahaja. Borang permohonan dan garis panduan berkaitan anugerah ini dilampirkan untuk tindakan pihak tuan

4. Untuk makluman, semua pencalonan hendaklah dihantar kepada Penolong PPD (Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan), Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing pada atau sebelum 3 November 2010. Sebarang pertanyaan berkenaan anugerah ini, sila hubungi En. Mohd Nor bin Ali di talian 09- 6213316/019-9148163.

Atas keprihatinan dan kerjasama tuan, pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,


(HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik,
b.p Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

s.k:

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - makluman
Pegawai Pelajaran Daerah - makluman
Pengurus Hal Ehwal Awam,
ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc - makluman
Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan - untuk tindakan

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com