SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 24 October 2010

Lawatan Pengauditan Terhadap Pengurusan Kontrak Perkhidmatan Kebrsihan dan Kawalan Keselamatan

24 Oktober 2010 (Ahad) : Satu lawatan pengauditan terhadap pengurusan Kontrak Perkhidmatan Kebersihan dan Kawalan Keselamatan telah diadakan di SK Menerong oleh Bahagian Audit Dalam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawatan Pengauditan ini adalah bertujuan untuk menentukan pengurusan Kontrak Perkhidmatan Kebrsihan dan Kawalan Keselamatan diuruskan dengan teratur dan mematuhi syarat-syarat kontrak.

Pengauditan ini telah dijalankan oleh Encik Mohd Azizi bin Md Yamin dan Cik Wan Nor Azma binti Wan Isa. Encik Afandi bin Abdul Ghani, Pegawai Khas PPDa, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu pula sebagai pegawai pengiring.

Sepanjang pengauditan dijalankan, pasukan ini telah memeriksa salinan dokumen kontrak Perkhidmatan Kebersihan dan Kawalan Keselamatan yang masih berkuatkuasa bagi tahun 2010, fail-fail Kontrak Perkhidmatan Kebersihan dan Kawalan Keselamatan mengenai Laporan Prestasi Kontraktor dan Rekod Pengenalan/Kehadiran Pekerja serta beberapa dokumen lain yang berkaitan.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com