SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 16 October 2010

PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Tarikh asal peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Rendah 2010 ialah pada 31 Oktober 2010 hingga 4 November 2010.

3. Memandangkan cuti Akhir Tahun 2010 bermula pada 17 November 2010 (Rabu - Hari Raya Haji) maka peperiksaan Akhir Tahun diawalkan kepada 27, 28, 31 Oktober, 1 dan 2 November 2010

4. Bersama ini disertakan jadual peperiksaan Akhir Tahun 2010 untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mustaffa bin Mohd ( No. h/p : 013-9810750 ) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ditalian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.

Kerjasama daripada tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN’

Saya yang menurut perintah,


(HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG)
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik ,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com