SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Monday 27 December 2010

SPI Bil 16/2010 : PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)

KP(BPSH-SPDK) 201/005/01/Jld.3(14)
01 Disember 2010


Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 16, TAHUN 2010:
PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)


Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai 2011 di semua sekolah KPM.


2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman awal kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan Dasar 1M1S akan dilaksanakan 2011. Bagi menentukan pelaksanaan Dasar 1M1S dapat mencapai matlamat yang ditentukan, pihak pentadbir sekolah adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut dipatuhi :

2.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah WAJIB didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;

2.2 Pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi setiap murid dalam sukan;

2.3 Pihak sekolah hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan mengutamakan keselamatan murid;

2.4 Pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah;

2.5 Pihak sekolah hendaklah memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun seperti yang disarankan dalam surat siaran bertarikh 14 Januari 2010 (No. Ruj. KP.BSSK.302-02/03/002(17);

2.6 Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran yang berkaitan hendaklah dibaca bersama dalam pelaksanaan Dasar 1M1S ini.

3. Bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas ini disertakan garis panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) seperti di Lampiran A dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Berkaitan Sukan Dan Kokurikulum, seperti di Lampiran B.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

t.t.

DATO' ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

s.k.

1. YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri; merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
2. YB Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
3. YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia
8. Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia
9. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia
10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com