SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 12 December 2010

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENGHARGAAN KECEMERLANGAN UPSR 2010 BERSAMA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU

Semua Guru Besar,
Negeri Terengganu,

Tuan,

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENGHARGAAN KECEMERLANGAN UPSR 2010 BERSAMA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan majlis di atas sebagai tanda kesyukuran negeri Terengganu mengungguli UPSR selama satu dekad. Kerajaan negeri juga akan menyampaikan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang dan lonjakan saujana dalam UPSR 2010.

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
  • Tarikh : 13 Disember 2010 (Isnin)
  • Masa : 8.00 malam
  • Tempat : Hotel Permai, Kuala Terengganu
  • Pakaian : Batik

Kerjasama tuan diucapkan terima kasih.
Sekian.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( RAZALI BIN DAUD )
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k.:
  • Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
  • Semua Pegawai Pelajaran Daerah
  • Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com