14 Oktober 2010
Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTlSAS BILANGAN 11 TAHUN 2010:
PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP SATU MULAI 2011
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di semua sekolah rendah.
2. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.
3. Sehubungan itu, sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit) sebagaimana ditetapkan dalam jadual di Lampiran 1. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu persekolahan sepertimana peruntukan masa yang ditetapkan.
5. Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
6. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah rendah di Negeri Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
t.t.
TAN SRI DATO' HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k.
1. YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
1. Y.B. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran
2. Y.B. Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran
3. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
4. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia
8. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia
9. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia
...................................................................................
No comments:
Post a Comment