SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Friday 31 December 2010

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU-GURU PENYAYANG MURID TAHUN SATU 2011

Ruj. Kami : P.T. 18018-01(10)

Tarikh : 27 Disember 2010

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,

Negeri Terengganu Darul Iman.


Tuan,


PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU-GURU PENYAYANG MURID TAHUN SATU 2011


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Program Transisi dan Guru Penyayang hendaklah dijalankan bagi semua murid Tahun Satu mulai minggu pertama sehingga minggu ketiga sesi persekolahan Tahun 2011.


3. Pelaksanaan dan pengisian Program Transisi dan Guru Penyayang untuk tiga minggu adalah seperti berikut:


4. Sehubungan dengan itu, disertakan borang pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) di sekolah Rendah bagi sesi persekolahan Tahun 2011.


5. Pihak sekolah diminta melengkapkan borang tersebut dan dikembalikan kepada Unit Kurikulum Rendah, Sektor Pengurusan Akademik sebelum atau pada 31 Januari 2011 (Isnin).


7. Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan perkara di atas, sila hubungi Encik Ab. Abid bin Mahamad (H/P: 019-9346830) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213027, No. faks : 09-6213028.


Kerjasama tuan dimohon untuk memastikan pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang bagi murid Tahun Satu 2011 di sekolah tuan dapat berjalan dengan lancar


Sekian.


“MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,


t.t.


(HAJI MOHD ZUBER BIN EMBONG)

Ketua Sektor,

Sektor Pengurusan Akademik,

b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu


s.k:

1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Makluman

2. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Makluman

3. Semua Ketua Penolong Pengarah, SPA, JPNT - Makluman

4. Semua Pegawai Pelajaran Daerah - Makluman

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com