Q1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Program Pembangunan Prestasi Sekolah”?
· Program Pembangunan Prestasi Sekolah merupakan suatu usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi bagi mencabar, memotivasi dan membantu semua sekolah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dan menjadikan semua sekolah cemerlang, dengan memberi fokus kepada sekolah-sekolah yang paling memerlukan perhatian.
· Teras kepada program ini ialah sistem pengumpulan data berpusat dan toolkit yang membantu Guru Besar untuk dengan mudah mengakses dan menjejaki maklumat prestasi sekolah dan merancang kaedah-kaedah bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

Q2. Mengapakah “Program Pembangunan Prestasi sekolah” ini dilancarkan?
· Peningkatan pencapaian pelajar - ini sangat krusial dalam membangunkan tenaga kerja yang lebih kompetitif selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi Negara Maju pada tahun 2020, dengan meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan kepada semua akan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
· Setiap kanak-kanak mampu berjaya. Kegagalan akademik adalah kumulatif, oleh itu lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan setiap kanak-kanak diberikan peluang yang saksama untuk berjaya - sementara program Sekolah Berprestasi Tinggi menentukan standard emas untuk kecemerlangan, Program Pembangunan prestasi sekolah pula meletakkan dasar untuk mencapai standard-standard tersebut.
· Pada masa ini guru-guru dibebani dengan melaksanakan tugas-tugas yang di luar bidang pengajaran dan pembelajaran. Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dibangunkan ini adalah program yang seragam dan berpusat yang bertujuan untuk mengurangkan kerenah birokrasi serta memberi ruang untuk Pengetua dan Guru Besar lebih masa dan autonomi untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efektif bagi meningkat prestasi murid.

Q3.Bagaimanakah Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini akan berkesan?
• Program Pembangunan Prestasi sekolah yang dilaksanakan ini mengandungi tiga elemen utama iaitu :
1. Band Prestasi Sekolah - Penyenaraian band prestasi sekolah berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
2. Toolkit Penambahbaikan Sekolah - Instrumen secara online ini mengumpul maklumat keperluan spesifik sekolah bagi membantu Pengetua dan Guru Besar membuat perancangan serta mengadakan perbincangan dengan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah keperluan utama sekolah bagi menangani masalah-masalah di sekolah.
3. Talian Khidmat Bantuan - Bantuan dan sokongan diberikan berdasarkan maklumat keperluan sekolah yang dijana secara oleh Kementerian yang disasarkan untuk membantu kepada Pengetua/Guru Besar, guru, pelajar dan ibu bapa, serta infrastruktur.
· Sementara Sekolah Berprestasi Tinggi menentukan piawai kecemerlangan yang perlu dicontohi, Program Pembangunan Prestasi Sekolah merupakan usaha meningkatkan prestasi kesemua sekolah serta menghubungkait inisiatif yang dilaksanakan seperti Tawaran Baru (New Deal) untuk para Guru, LINUS dan transformasi kurikulum.

Q4. Bagaimanakah Program Pembangunan Prestasi sekolah ini berbeza dengan inisiatif-inisiatif yang sedia ada?
· Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini adalah usaha secara berpusat bagi menyeragamkan sistem-pemantauan dan penaksiran sedia ada untuk memberi Pengetua/Guru besar lebih autonomi dalam mentadbir dan mengurus sekolah dan guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar.
· Akses yang lebih luas. Berlainan daripada inisiatif-ini sedia ada yang dirancang dan dilaksanakan secara bersendiri oleh oleh Bahagian, JPN dan PPD, Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini yang akan dilancarkan adalah program sepadu yang digunapakai di 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
· Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini tidak bermaksud untuk menggantikan atau mengganggu inisiatif penambahbaikan sekolah yang sedang dilaksanakan; tetapi program ini diharap akan memberi impak dengan pantas bagi memastikan Program Transformasi Kerajaan dalam bidang pendidikan mencapai hasrat yang dirancang.

Q5. Apakah objektif Penyenaraian Kedudukan (Ranking/Banding) Sekolah?
· Penyenaraian kedudukan atau Band pada awalnya diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Tawaran Baru kepada Guru Besar yang mana Band itu menjadi asas kepada pemberian ganjaran berasaskan kepada penilaian pencapaian.
· Band ini akan membolehkan pihak kementerian memantau prestasi sekolah-sekolah terutamanya sekolah berprestasi rendah dan mengambil langkah-langkah penambaikan yang sesuai di bawah Program Pembangunan Prestasi Sekolah, dalam usaha memastikan sekolah-sekolah berkenaan dapat melonjakkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik. Di sub NKRA Tawaran Baru untuk Pengetua /Guru Besar, pihak kementerian komited dalam melaksanakan transformasi dan penambahbaikan daripada semasa ke semasa untuk menjamin kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang tinggi.

Q6. Berapa kerapkah sekolah-sekolah akan diberi penarafan?
· Penarafan sekolah akan dilakukan secara tahunan berasaskan kepada prestasi sekolah-sekolah berkenaan dalam peperiksaan awam dan Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) yang menggunakan instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Q7. Apakah bentuk dan nilai ganjaran yang diberi kepada sekolah berjaya meningkat prestasi?
· Ganjaran dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan akan diberikan kepada sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi.
Q8. Sekiranya sekolah berprestasi lebih baik diberi ganjaran, bagaimana pula Kementerian Pelajaran menangani sekolah berprestasi rendah?
· Penarafan sekolah berperanan sebagai alat analitikal bagi menentukan sekolah-sekolah yang amat memerlukan bantuan dan sokongan dari Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan prestasi. Pengetua/Guru Besar sekolah yang berprestasi rendah akan menerima bantuan atau sokongan yang dikenali sebagai “Talian Khidmat Bantuan”. Contohnya:
Ø Pembangunan kapasiti (seperti menambahbaikan kemahiran, latihan semula dan kaunseling)
Ø Bahan-bahan sokongan/bantuan (seperti garis panduan untuk perancangan dan bahan pengajaran preskriptif)
Ø Sumber-sumber tambahan (seperti menaik taraf prasarana)

Q9. Apakah alternatif yang disediakan kepada ibu bapa yang mahu anak mereka keluar daripada sekolah berpretasi rendah?
· Pemindahan dan penukaran antara sekolah tidak digalakkan dan sepatutnya menjadi pilihan terakhir ibu bapa. Memindahkan pelajar dari sekolah sedia ada adalah suatu pengalaman yang mungkin akan memberi tekanan kepada seorang kanak-kanak dan boleh dikatakan lebih mengganggu daripada membantu.
· Kerajaan akan melancarkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah bagi memastikan kegusaran ibu bapa terhadap keadaan sekolah-sekolah mereka diberi perhatian. Program ini disediakan untuk membantu sekolah-sekolah terutamanya yang berprestasi rendah, meningkatkan prestasi pelajar dengan lebih cepat berkesan . Malah, salah satu daripada komponen penting bagi program ini adalah bantuan yang disasarkan terhadap ibu bara dan para pelajar.

Q10. Sekolah-sekolah manakah yang akan menerima impak program ini?
· Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini akan menyokong kesemua 10,000 sekolah di Malaysia yang mengikuti kurikulum kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan. Sekolah yang berprestasi rendah adalah sasaran utama untuk diberikan bantuan dan sokongan melalui prorgam ini. Fasa pertama Program Pembangunan prestasi sekolah akan melibatkan pembabitan kesemua 7,700 sekolah rendah. Fasa kedua pula akan tertumpu kepada semua sekolah menengah.
Q11. Apakah yang dimaksudkan dengan “ penyelesaian khusus’ (tailored solution)?
· Penyelesaian akan berasaskan kepada penilaian ketua sekolah tentang isu dan kekangan utama yang dihadapi oleh sekolah. Maklumat ini memberi Pengetua dan Guru Besar dan Kementerian gambaran yang lebih mendalam untuk menentukan jenis sokongan yang diperlukan oleh setiap sekolah itu. Pihak Kementerian kemudian akan berbincang dengan Pengetua/Guru Besar tentang perkhidmatan yang diperlukan seperti pembangunan kapasiti, peralatan sokongan atau sumber tambahan seperti menaiktaraf prasarana.
Q12. Berapakah jangkamasa yang dianggarkan untuk melaksanakan perubahan di sekolah-sekolah setelah keperluan itu dipastikan?
· Jangka masa bagi penyelesaian masalah bergantung kepada kesungguhan dan komitmen Pengetua/guru dalam memastikan masalah yang dihadapi diselesaikan dengan strategi yang dirancang. Kementerian akan memberi sokongan sambil memantau progres sekolah dalam mencapai sasaran.
Q13. Adakah ini akan mengakibatkan gangguan kepada kurikulum / peperiksaan?
· Program Pembangunan prestasi sekolah adalah sebahagian besar daripada matlmat Program Transformasi Kerajaan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Walaupun Program Pembangunan prestasi sekolah akan memastikan kurikulum dan peperiksaan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan terbaik.

Q14. Siapakah yang akan membiayai program ini ataupun untuk cadangan penambahbaikan sekolah yang lain? Adakah ini bermakna peningkatan anggaran perbelanjaan untuk sekolah?
· Program Pembangunan Prestasi Sekolah bertujuan untuk membantu Pengetua/Guru Besar sekolah mengenalpasti cabaran-cabaran khusus untuk sekolah mereka dan sekali gus membolehkan pihak kementerian membantu dan menyokong rancangan mereka dengan sistem pemantauan yang lebih sistematik bagi membantu sekolah-sekolah melonjakkan prestasi pencapaian masing-masing. Pemahaman dan maklumat yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan para pengetua sekolah untuk merangka strategi yang sesuai dan merancang peruntukkan yang ada secara optima dengan sokongan padu daripada pihak kementerian.
Q15. Apakah kesan program ini ke atas para warga pendidik dan pelajar?
· Pelaksanaan program ini akan membantu para Pengetua/Guru Besar sekolah merancang usaha penambahbaikan berasaskan kepada penilaian kendiri dan pada masa yang sama akan membolehkan para pengetua bekerjasama dengan pihak kementerian untuk mencapai sasaran tahunan mereka.
· Berasaskan kepada usaha penambahbaikan yang dikenalpasti, program ini mampu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran di sekolah, contohnya melalui program latihan dan mentor untuk warga pendidik menguasai dan meningkatkan kepakaran mereka dalam matapelajaran yang mereka ajar ataupun memperuntukkan sumber kewangan untuk membeli buku teks.

Dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my
No comments:
Post a Comment