SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 7 August 2012

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia


Sempena Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah Bersamaan 2012 Masihi

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Ramadan  dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita ungkapkan kepada Allah SWT, bersama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sekali lagi kita diizinkan untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran. Sesungguhnya al-Quran yang mulia ini diturunkan pada bulan Ramadhan kepada hambaNya untuk dijadikan petunjuk dan pedoman hidup.

Kita sangat bersyukur kerana telah terpilih menjadi umat yang menerima kitab suci al-Quran ini. Kitab suci ini merupakan kitab yang terkahir dari susunan kitab-kitab dan suhuf suci yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada para rasul-Nya. Sesungguhnya, al-Quran merupakan satu manual panduan yang paling lengkap dan bermukjizat bagi manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Allah SWT sendiri memperingatkan kita melalui firman-Nya di dalam surah al-Israa’ ayat ke-9 yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

Berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan telah meletakkan al-Quran sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam. Al-Quran diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan J-QAF secara komprehensif.

Hakikatnya, Program Transformasi Negara berteraskan pendekatan ‘islah’. Pendekatan ‘islah’ ini telah berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi dan kini, kita mengorak langkah ‘islah’ kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya Allah.

Akhir perutusan ini, saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan yang agung ini, Allah SWT akan menyatukan hati kita semua, bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia yang tercinta ini.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com