1. Tarikh dan masa
 1.1 Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
 1.2 Masa bermula senamrobik : 8.00 pagi
2. Tempoh Masa Senamrobik
 2.1 Masa senamrobik adalah selama 35 minit.
 2.2 Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut 
  rentak seperti yang disediakan dalam cakera  padat.
 2.3 Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut 
  kemampuan masing-masing.
 2.4 Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk 
  melakukannya mengikut kemampuan masing-masing.
3. Penyertaan
 3.1 Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai 
  berikut:
 3.1.1 murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas 
   dan sekolah swasta);
 3.1.2 guru, anggota khidmat sokongan;
 3.1.3 ikon sukan; dan
 3.1.4 VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.
 3.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik 
  tersebut.
4. Pelaksanaan
 4.1 Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia hendaklah bermula tepat  
  pada jam 8.00 pagi. Atur cara yang dicadangkan di bawah adalah 
  sebagai panduan sahaja. Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis 
  mengikut perancangan sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah 
  seperti berikut:
 4.2 Cadangan Atur Cara
  6.30-7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri
  7.15 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan 
    : Ketibaan Tetamu Kehormat
  7.30 Pagi : Perhimpunan rasmi sekolah
    : Bacaan Doa 
    : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri
    : Gimik Pelancaran (jika Ada)
  8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 
      bermula
  10.00 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi   
      Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
5. Tempat Senamrobik (keselamatan hendaklah diutamakan)
 5.1 Padang sekolah / IPGM / Matrikulasi;
 5.2 Kawasan lapang; atau
 5.3 Tempat senamrobik yang sesuai dan selamat.
6. Pendaftaran
 6.1 Pra Pendaftaran
 6.1.1 Semua sekolah / IPGM / Matrikulasi mesti membuat pra 
   pendaftaran dengan menjangka jumlah kehadiran murid/pelajar 
   ke sekolah / IPGM / Matrikulasi pada 10 Julai 2012 (Selasa).
 6.1.2 Sekolah hendaklah mendaftarkan jumlah pra pendaftaran murid 
   / pelajar dengan menggunakan borang seperti (lampiran A) dan 
   hantar melalui emel seperti senarai e-mel (lampiran B) mulai 
   15 Jun 2012 sehingga 29 Jun 2012.
7.  Nombor dan Pakaian Peserta
 7.1 Murid / pelajar tidak perlu menggunakan nombor peserta.
 7.2 Murid/pelajar hendaklah memakai pakaian sukan sekolah masing-masing 
  atau pakaian sukan yang sesuai untuk aktiviti senamrobik.
8.  Pengesahan Jumlah dan Penyerahan Penyertaan
 8.1 Pengarah IPGM / Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan  
  hendaklah mengesahkan jumlah sebenar penyertaan murid / pelajar 
  dengan menurunkan cop rasmi dan tandatangan pada borang perakuan 
  penyertaan murid / pelajar (Lampiran C) pada hari senamrobik (10 
  Julai 2012).
 8.2 Catatkan jumlah sebenar murid / pelajar yang mengambil bahagian pada 
  borang perakuan penyertaan (Lampiran C)  dan sertakan salinan 
  kehadiran murid / pelajar yang telah disahkan oleh Pengarah IPGM / 
  Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan.
 8.3 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah menghantar borang perakuan 
  penyertaan (Lampiran C)  yang telah  disahkan dengan cara mengimbas 
  (scan) semua borang kehadiran murid/pelajar dan di e-mel kepada  
  Bahagian Sukan, KPM mulai 10 Julai 2012  iaitu selepas senamrobik 
  dan hendaklah sampai ke Bahagian Sukan sebelum 17 Julai 2012. 
  Senarai e-mel adalah seperti Lampiran B.
 8.4   Sebarang  pertanyaan  dipohon  menghubungi  Pn. Yasmin Othman,  
  seperti talian berikut :
   Pejabat   : 03 8884 1357;
   Talian bimbit   : 012 474 9464;
   E-mel   : yasmin.othman@moe.gov.my
9.  Penyerahan Gambar
 9.1 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mengambil gambar pegun (still 
  photos) sebagai bukti pelaksanaan acara.
 9.2 Gambar pegun hendaklah diatur mengikut kronologi acara:
  • pendaftaran; 
  • permulaan senamrobik
  • ketika senamrobik berlangsung; 
  • aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai.
 9.3 Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah e-mel gambar pegun (maksima 
  5  keping sahaja) kepada Bahagian Sukan pada atau sebelum 17 Julai 
  2012 mengikut negeri masing-masing.  Senarai e-mel adalah seperti 
  (Lampiran B).
10.  Sijil Penyertaan dan Penghargaan (2markah )
 10.1 Semua murid/pelajar akan diberi sijil penyertaan Senamrobik Serentak 
  1Murid 1Sukan 1Malaysia .
 10.2 Sekolah / IPGM / Matrikulasi boleh muat turun sijil melalui portal 
  Bahagian Sukan, KPM www.moe.gov.my/bsukan  mulai 10 Julai 2012.
 10.2 Setiap murid/pelajar yang menyertai aktiviti Senamrobik Serentak 
  1Murid 1Sukan 1Malaysia layak diberi 2 markah (penyertaan).
No comments:
Post a Comment