SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 28 November 2009

Sejarah Penubuhan SK Menerong...

Asal nama Sekolah Kebangsaan Menerong adalah Sekolah Rakyat Kampung Menerong yang mula dibuka pada tahun 1951. Sekolah ini ditadbirkan oleh Encik Abdillah. Sekolah ini asalnya terletak di kampung Menerong iaitu ditapak Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong sekarang. Pada tahun 1957, sekolah rakyat ini telah ditukarkan kepada sekolah bantuan kerajaan dan bangunan barunya dibina di kampung Gunung. Walaupun sekolah ini terletak di kampung Gunung, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai Sekolah Kebangsaan Menerong (selepas ini akan dikenali sebagai SKM).

Memandangkan kuantiti murid yang kecil ketika itu , maka satu bangunan sekolah sahaja dibina yang mengandungi 2 buah bilik darjah. Jumlah tenaga pengajar hanyalah 2 orang iaitu Guru Besar Encik Salleh bin Mohamed dan seorang lagi guru. Sistem pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara kelas cantum. Apabila bilangan murid semakin bertambah , maka pada tahun 1976 sebuah lagi bangunan baru dua tingkat dibina di sekolah ini. Satu blok bangunan satu tingkat didirikan dalam tahun 1982 yang menempatkan 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik sains. Bagi menyediakan kemudahan untuk guru-guru di sekolah ini , 2 buah rumah guru dibina pada tahun 1965 dan di tahun 1988, 2 buah lagi (bangunan berkembar) kediaman guru didirikan.

Atas kerjasama para guru dan juga PIBG sebuah surau didirikan pada tahun 1984 secara gotong royong dengan ibu bapa dan juga penjaga. Segala bahan dan peralatan diambil daripada masjid lama kampung Gunung.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com