SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Monday 20 June 2011

Program 1Murid 1Sukan 1Malysia


Secara umumnya, Falsafah di sebalik Dasar 1Murid 1Sukan adalah soal semangat setia kawan, semangat berpasukan, semangat ingin mencuba, semangat meraikan kemenangan rakan sepasukan, semangat bersedia untuk menerima kekalahan, memupuk perasaan yakin diri serta semangat juang yang tinggi selain untuk merangsang minda dan tubuh badan supaya sentiasa cerdas dan cergas.


Semua murid berhak untuk mendapat layanan yang adil dan perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam semua bidang termasuklah bidang sukan. Ini adalah cabaran dan amanah yang perlu dilaksanakan oleh para guru. Sekiranya para guru hanya memilih pelajar yang mampu menang semata-mata, murid yang kurang kemampuan dari segi fizikal akan terus kekal menjadi penonton. Sekalipun berpakaian sukan seperti murid-murid yang lain, mereka mungkin mampu menjadi pemerhati di tepi-tepi padang atau di khemah rumah sukan masing-masing.

Dari Ruangan Pendapat Pembaca “Utusan Malaysia”



Rujuk Laman Sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk lebih info:
http://www.moe.gov.my/bsukan

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com