SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 3 April 2010

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN MTQ, HAFAZAN / BERCERITA ZON KDSR 3 TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan seorang Pengerusi Panitia Agama Islam atau wakil hadir ke mesyuarat sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 5 April 2010 (Isnin)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Menerong, Ajil, Terengganu
Pengerusi Mesyuarat : Guru Besar SK Menerong

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,

t.t.

(HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABU BAKAR)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
b.p. : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

s.k. - Penyelia Kanan Pendidikan Islam & Moral, PPD Hulu Terengganu

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com