SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 26 January 2010

SK Menerong dicadangkan sebagai Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu

Encik Othman bin Long, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran daerah Hulu Terengganu telah melakukan satu lawatan ke SK Menerong. Lawatan tersebut adalah sebagai mengenalpasti kekuatan SK Menerong untuk dicadangkan sebagai Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu. Sebelum ini SK Padang Setar telah dicadangkan sebagai Pusat Kokurikulum (Pusatko) PPD Hulu Terengganu, namun atas beberapa sebab PPDHT telah mengenalpasti beberapa buah sekolah lagi di daerah Hulu Terengganu untuk menggantikan SK Padang Setar sebagai Pusatko.

Cadangan tersebut telah mendapat restu Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu serta telah dipersetujui oleh Guru Besar SK Menerong. Beberapa faktor telah diambilkira untuk menjadikan SK Menerong sebagai Pusatko PPDHT antaranya kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di tapak cadangan termasuk bangunan serta tapak perkhemahan, jarak ke masjid (300 meter) dan sungai (300 meter). Faktor keselamatan juga merupakan asas utama dalam mencadangkan sesebuah Pusatko.

Jarak SK Menerong ke PPDHT adalah lebih kurang 20 kilometer, manakala jarak ke Pusatko Induk (JPNT) lebih kurang 18 kilometer. Keputusan samada SK Menerong akan menjadi Pusatko PPDHT akan ditentukan setelah perbincangan antara Encik Othman Long dengan JPNT/Pusat Kokurikulum JPNT.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com