SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Friday 18 December 2009

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah ...

  • DOA AKHIR TAHUN
Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan : " kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua."

Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH S.W.T. ampunkan dosanya setahun lalu.

Terjemahan Doa tersebut adalah:
"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya.

Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang telah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."
  • DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,: " Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah.

Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya.

Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com