SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com
Renungan...
Thursday, 24 January 2019
Wednesday, 23 January 2019
Friday, 18 January 2019
Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Terengganu
Acara Merentas Desa Daerah Hulu Terengganu Telah diadakan dengan jayanya pada 17 Januari 2019. Edisi kali ini telah diadakan di SMK Menerong.
Acara kali ini diadakan bagi mencungkil bakat murid dan pelajar di daerah Hulu Terengganu untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan.
Seorang murid SK Menerong telah terpilih mewakili daerah untuk bertanding di peringkat negeri iaitu adik Muhammad Arif Syazwan.

Subscribe to:
Posts (Atom)